Tuesday, March 5, 2013

Membina Imej secara Online

Membina Imej secara Online

Pernahkah anda terfikir bagaimana reputasi diri anda digambarkan secara online? Bukan hanya sekadar di minda keluarga atau rakan-rakan, tetapi yang pentingnya, apakah yang difikirkan oleh bakal teman hidup anda?

Majikan sekarang tak sama dengan majikan dulu. Pada sautu masa dahulu, kita selalu menghantar resume untuk memohon kerja. Tetapi sekarang majikan akan lebih cenderung untuk mengetahui karakter bakal pekerja mereka melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Dalam abad ke-21 ini, imej dan jenama profesional secara online adalah amat penting. Dengan itu amat mustahak bagi para individu untuk mengawal identiti profesional mereka secara online.

Pentingnya profil online

Cuba cari nama anda dalam enjin carian Google. Sekiranya anda mempunyai akaun Linkedln, maka besar kemungkinan profil Linkedln anda akan muncul di tangga teratas hasil carian. Pengoptimuman cariannya menjadikan Linkedln satu-satunya laman yang memudahkan seseorang menemui anda serta latar belakang profesional anda.

Dengan itu, pilihlah dengan bijak, laman rangkaian sosial yang dapat memberikan anda keupayaan untuk mengawal jenama profesional. Ini akan menjadi titik permulaan bagi anda menonjolkan kemahiran dan bakat anda. Laman rangkaian sosial yang popular akan membolehkan individu dan peluang pekerjaan yang betul menemui anda.

Bina profil online

Berikut adalah tiga langkah tentang bagaimana anda dapat menyediakan asas yang betul dalam membina profil profesional secara online anda:

  • Langkah 1: Sedari akan kewujudan anda secara online

Mulakan dengan mencari diri anda menerusi Google. Besar kemungkinannya, inilah yang akan dilakukan oleh bakal pasangan anda, majikan anda, pelabur, bakal rakan kongsi perniagaan dan pelanggan anda.

Lihat apakah maklumat yang anda perolehi tentang diri anda, adan singkirkan sebarang status terkini yang boleh dipersoalkan. Contohnya: "Saya benci pekerjaan dan bos saya!", atau "Pelanggan saya yang amat bodoh!" atau tertera sebelah status anda adalah perkataan, 'Tidak pasti mana nak pilih'.

  • Langkah 2: Bina identiti profesional
Laman Linkedln, adalah laman sosial yang merangkumi ahli-ahli profesional. Laman tersebut merupakan titik permulaan yang baik untuk meningkatkan penonjolan profesionalisme anda secara online. Dari sini, anda boleh mengembangkan rangkaian kenalan anda serta melibatkan diri dengan individu yang berfikiran serupa dengan anda. Anggaplah profil anda sebagai satu cara untuk mempromosikan "Jenama Diri".

Berikut adalah di antara beberapa cara untuk membina profil yang baik bagi menonjolkan tahap profesionalisme anda:
  1. Letakkan gambar - Pilih gambar yang profesional atau yang sedap mata memandang. Gambar anda harus menonjolkan perwatakan yang bersemangat dan gembira.
  2. Letakkan jawatan anda  terdahulu - Besar kemungkinan profil anda dilihat adalah 12 kali ganda lebih tinggi sekiranya anda menyenaraikan jawatan yang pernah disandang.
  3. Bina rangkaian kenalan anda - Kalau kita lihat pergaulan seseorang, maka kita dapat memahami lagi secara mendalam mengenai karakter individu tersebut. Kenalan kita juga melambangkan kualiti jenama diri kita.
  4. Serlahkan diri anda - Ini adalah peluang keemasan anda untuk memaparkan keupayaan serta kecenderungan anda. Dengan itu, kalau anda ada bakat yang unik, maka ia boleh memperkukuhkan lagi profil anda.
  • Langkah 3: Libatkan diri sepenuhnya dalam rangkaian laman sosial
Rujukan mulut ke mulut


Ingat tak, pada sautu masa dahulu, rakan anda mungkin pernah meminta anda menuliskan testimonial di dinding profil Friendster. Sama juga denga Linkedln, di mana anda boleh meminta kenalan anda untuk menuliskan saranannya pada dinding profil Linkedln anda.

Saranan adalah rujukan mulut ke mulut daripada profesional lain yang boleh tersebar secara viral dan meningkatkan kredibiliti tahap profesionalisme anda.

Forum Linkedln

Satu lagi perkara yang anda boleh lakukan ialah bertanya dan menjawab soalan di jawapan Linkedln. Soalan bijak dan jawapan yang bernas membina kredibiliti anda dan soalan serta jawapan yang cemerlang akan menarik minat pengguna lain untuk melihat profil anda. Jawablah soalan yang berkaitan dengan bidang anda bagi memperkukuhkan kepakaran serta meningkatkan tahap penampilan diri. Antara salah satu objektif penting adalah membina nama anda dengan bakal majikan yang mungkin terlibat dalam hubungan Linkedln anda.

Facebook "Like" Butang

Gunakan  facebook untuk memupuk perhubungan dengan individu ataupun dengan organisasi berkenaan. Gunakan butang 'Like' dan ikutilah syarikat-syarikat yang anda minati. Selepas anda telah menghubungi mereka, anda perlulah sentiasa mengikuti perkembangan syarikat tersebut. Kadang-kala peluang keemasan akan menonjol tanpa anda sedari.

Akhir sekali, ingatlah tidak kira apa rangkaian laman sosial yang anda guna, pastikan tiada ejaan yang salah bila anda pos atau berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan sekalian. Ini akan memberi tanggapan yang anda adalah orang yang tidak teliti dengan kerja masing-masing. Anda perlu membentuk imej dan jenama diri yang menarik dan profesional, tidak kira online atau offline.

Info: MW/22-28 Feb 2013/Wendy Lee Ming Li (Presiden Malaysian Association of brand & Image Consultants-MABIC)/Ketua Pegawai Eksekutif Brandimage International Institute

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates