Sunday, April 14, 2013

Manfaat Kesihatan Keledek




Kaya Vitamin B
Vitamin B berfungsi untuk mengurangkan kadar bahan kimia homosistein di dalam tubuh. Bahan kimia ini dikaitkan dengan penyakit degeneratif, termasuklah menjauhkan serangan jantung.

Sumber terbaik Vitamin C
Kandungan Vitamin C ini membantu meningkatkan penyembuhan, menghasilkan kolagen yang dapat membantu mengekalkan ketegangan kulit agar kelihatan lebih muda dan sihat. Vitamin C ini juga penting untuk membantu mengawal stres selain membantu melindungi tubuh daripada toksin yang boleh menyebabkan kanser.

Mengandungi Vitamin D
Vitamin D memainkan peranan terhadap kadar tenaga di dalam tubuh dan emosi diri. Selain itu, vitamin D juga membantu membina tulang, jantung, saraf, kulit dan gigi yang kuat dan sihat serta menyokong l\kelenjar tiroid.

Zat besi
Ramai yang menyedari keperluan mineral ini di dalam tubuh bagi mendapatkan tenaga yang mengcukupi. Namun zat besi juga memainkan peranan penting di dalam tubuh kita iaitu dalam penghasilan sel darah putih dan sel darah merah. Bukan itu sahaja, ia juga membantu dalam pengawalan stres dan memastikan sistem imun berfungsi dengan baik di samping memetabolismekan protein.

Keledek manis juga sebagai sumber magnesium yang baik di mana ia memberi relaksasi kepada tubuh dan sebagai anti-stres. Magnesium ini penting untuk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf.

Sumber potasium di mana ia adalah salah satu elektrolit penting yang membantu mengawal kadar degupan jantung serta signal saraf.

Rasa manis keledek ini adalah rasa semula jadi kandungan gula semula jadi di dalamnya dikeluarkan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah, membantu mengawal serta mengimbangi sumber tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah di dalam tubuh yang biasanya dikaitkan dengan kenaikan berat badan dan keletihan.

Warna oren pada keledek menunjukkan bahawa keledek ini kaya dengan pelbagai karoten seperti beta karoten dan lain-lain, yang mendominasi vitamin A di dalam tubuh. Kesemua karoten ini membantu meningkatkan sistem imunisasi terhadap penyakit. Ia juga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk menjauhi kanser di samping melindungi tubuh daripada kesan penuaan.

Bersifat versatil, bermaksud ia sesuai untuk dihidangkan menggunakan pelbagai jenis kaedah memasak sama ada dipanggang, dikukus, atau dijadikan sebagai puri. Anda boleh tambahkan keledek di dalam sup atau stew, dibakar atau dipotong kecil sebagai rencah di dalam salad sayur-sayuran anda. Anda juga boleh jadikan ia sebagai puri untuk ditambah di dalam smoothies mahupun hidangan bakar yang lain.

Info: Mingguan Wanita

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates