Thursday, May 2, 2013

Jenis-jenis Kulit Manusia


Apa fungsi kulit pada manusia ?
Kulit merupakan organ paling luar tubuh kita yang berfungsi untuk membungkus atau melindungi organ-organ dalam manusia atau dengan kata lain bahawa kulit berfungsi sebagai alat ekskresi dan juga sebagai organ penerima rangsangan, pelindung terhadap kerosakan fizikal, penyinaran dan punca penyakit, serta untuk pengaturan suhu tubuh, Selain itu kulit merupakan hal yang menentukan bagi orang-orang yang peduli akan penampilan maka tidak hairanlah sejak dahulu lagi masalah kulit sudah menjadi bahagian dari gayahidup seseorang yang perlu menjadi perhatian. Hal ini boleh dilihat betapa ramainya orang-orang yang menjalankan perawatan hanya demi mendapatkan kulit yang menarik !
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang tentunya ingin mendapatkan kulit yang terawat, bersih, lembut dan kelihatan menarik. Hal ini sangat wajar kerana bahagian yang pertama sekali menjadi perhatian ketika kita bertatap muka dengan orang lain adalah kulit. Oleh kerana itu, kesihatan kulit menjadi hal yang penting bagi orang-orang yang mengutamakan penampilan.
Untuk itu adalah sangat penting untuk mengetahui dan mengenali lebih jauh tentang seluk-beluk kulit kita kerana kulit manusia memiliki sifat-sifat dan jenis yang berbeza, dengan kata lain agar kita lebih mudah dalam merawat dan mengatasi masalah yang terjadi pada kulit.
Mengenal jenis kulit
Jenis-jenis kulit
Terdapat beberapa jenis kulit yang kita kenal dan setiap jenis memiliki sifat yang berbeza, umumnya, jenis kulit ada empat, iaitu :-
1) Kulit normal
~ memiliki kandungan air yang cukup dengan sebum yang dihasilkan sangat sedikit, dengan kondisi seperti itu kulit akan memiliki tekstur yang lembut dan pori-pori yang kecil dan memiliki elastisitas yang baik, Jenis kulit ini merupakan dambaan setiap orang yang selalu merawat kulit karena secara alami tidak mudah untuk ditumbuhi jerawat dan noda hitam
2) Kulit kering
~ merupakan jenis kulit yang memiliki kandungan air dan sebum yang sedikit dengan pori-pori yang kecil, bagi orang yang memiliki jenis kulit ini biasanya kulit wajahnya akan terlihat kusam dan kulit tidak kenyal bahkan akan cenderung bersisik atau terasa ketat di wajah kerana kelembabannya terbatas.
3) Kulit berminyak
~ merupakan jenis kulit yang kurang menyenangkan kerana jenis kulit ini mengeluarkan banyak sebum sehingga wajah kelihatan licin kerana pengeluaran minyak yang berlebih berminyak dengan keadaan tersebut pori-pori kulit akan cenderung besar dan akan lebih mudah menimbulkan jerawat, komedo dan noda hitam di wajah.
4) Kulit kombinasi
~ sesuai dengan namanya maka jenis kulit ini memiliki karakteristik dari ketiga jenis kulit wajah di atas, iaitu normal, kering dan berminyak. Secara umum, kulit ini kelihatan normal, tetapi pada bahagian tertentu akan terdapat zon yang kering pada bahagian pipi dan berminyak pada zon T.masa kulit berminyak ini. Biasanya, jenis ini terlihat berkilat dan berlapis tebal, dengan pori-pori yang besar dan terlihat jelas.

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates