Wednesday, June 12, 2013

Bagaimana menghadapi Tekanan?

Lelaki dan wanita masing-masing merasai tekanan, namun menangani tekanan adalah berbeza antara keduanya. Ketahui perbezaan ini dan mengapa ia penting terutama bagi pasangan suami isteri.

Dr John Gray, penulis buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, ada menyebut, penyebab suami dan isteri bertelingkah dan berselisih faham apabila berhadapan dengan tekanan bukanlah kerana cara menangani tekanan yang berbeza. Apa yang menjadi masalah adalah kegagalan dalam memahami bagaimana pasangan menangani tekanan dengan cara yang berbeza.

Tanpa memahami bagaimana, suami atau isteri tidak tahu apa yang mereka sedang hadapi dan timbul salah tafsiran terhadap perbuatan pasangan. Akibatnya, mereka akan memberikan reaksi yang salah terhadap keperluan pasangan.

Bagi lelaki, hormon utama untuk berfungsi dengan normal adalah testosteron manakala oxytocin bagi wanita. Lelaki dan wanita mengeluarkan kedua-dua hormon ini pada tahap yang berbeza bagi testosterone dan sama bagi oxytocin. Disebabkan tubuh wanita juga mengeluarkan hormon estrogen, ia melipatgandakan kesan hormon oxytocin. Inilah punca perbezaan dalam cara lelaki dan wanita berinteraksi dan memberi reaksi terhadap sesuatu.

Dalam situasi tekanan yang berterusan, hormon cortisol yang dihasilkan akan menekan hormon utama ini dan merendahkannya. Untuk kembali normal, hormon ini perlu ditingkatkan semula.

Tahap testosterone yang normal pada lelaki dikaitkan dengan perasaan berjaya dan penyelesaian masalah. Berasa yakin dengan apa jua kebolehan diri dapat meningkatkan penghasilannya. Beg itu juga dengan kerehatan fizikal.

Bagi lelaki, apabila tertekan tahap penumpuan mereka meningkat dan akan suka menyendiri. Mereka akan merasa lebih baik apabila dapat menyelesaikan masalah. Penghasilan oxytocin pada wanita dikaitkan dengan hubungan sosial, kasih sayang dan keintiman, sama ada melalui percakapan atau perbuatan.

Wanita perlu berhubung dengan orang lain seperti melalui persahabatan, perkongsian, ambil berat serta bimbingan. Bagi wanita, apabila tertekan mereka akan merasa terbeban dan beremosi.

Mereka akan merasa lebih baik jika dapat bercakap tentang masalah yang dihadapi.

Lelaki yang sedang menghadapi tekanan akan ...

- Melakukan aktiviti santai bersendirian seperti menonton TV dan membaca akhbar.

- Merehatkan fizikal seperti tidur sebentar.

- Menyelesaikan masalah kecil di rumah seperti membetulkan lampu tidak menyala atau sinki tersumbat.

- Mencapai satu-satu objektif jangka pendek seperti membersihkan garaj atau mencuci kereta.

- Melakukan hobinya seperti memancing atau bermain golf.

Semua ini dapat meningkatkan semula hormon testosteron bagi lelaki dan mengembalikan tenaga dan keyakinan diri untuk menyelesaikan apa juga penyebab tekanannya.

Wanita yang sedang menghadapi tekanan akan;

- Bercerita tentang masalahnya dengan objektif untuk mendapatkan sokongan emosi dan merasa didengari.

- Membantu orang lain yang sedang dalam masalah walaupun masalahnya sendiri belum selesai.

- Meluangkan masa untuk keluar bersama teman wanita dan merasa terhubung dengan orang lain.

- Berkongsi sesuatu dengan orang lain, samada dari segi kebendaan atau perasaan.

- Merasai keinginan untuk membeli belah atau membelai diri di salon atau pusat kecantikan.

Info:BH/8 Jun 2013

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates