Wednesday, June 12, 2013

Produk ditarik balik jika tidak mematuhi Perlabelan

MERUJUK kepada surat Myphman yang disiarkan BH pada 10 Julai 2012, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih di atas komen beliau.

Untuk pengetahuan umum, produk farmaseutikal dan tradisional yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) perlu mematuhi syarat pendaftaran ditetapkan serta wajib mengisytiharkan pada label produk berkenaan semua bahan yang digunakan termasuk gelatin untuk sarung kapsul dan softgel daripada sumber haiwan.

Maklumat dinyatakan perlu tepat, betul

Pemegang pendaftaran produk adalah bertanggungjawab untuk memastikan kesahihan maklumat sumber haiwan untuk produk yang akan dipasarkan supaya maklumat dinyatakan tepat dan betul.

Di samping memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan, Kementerian Kesihatan sentiasa memandang berat isu halal produk dan sentiasa melakukan pemantauan berterusan ke atas produk berdaftar di pasaran melalui persampelan dan analisis makmal.

Tindakan punitif

Label produk juga akan disemak untuk memastikan arahan pelabelan dipatuhi. Syarikat yang didapati tidak mematuhi keperluan ini akan diarahkan untuk menarik balik produk berkenan dari pasaran dan akan dikenakan tindakan punitif sewajarnya seperti penggantungan atau pembatalan pendaftaran produk. Pengguna dan pesakit dinasihatkan agar sentiasa membaca label ubat bagi mendapatkan maklumat tepat.

Berkenaan isu diutarakan, pada masa ini ada tiga produk yang dibekalkan kepada pesakit di hospital dan klinik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan mengelakkan pembekuan darah ketika pesakit berada pada tahap kronik. Produk itu ialah Enoxaparin Sodium Injection (Clexane), Nadroparin Calcium (Fraxiparine) dan Fondaparinux Injection (Arixtra). Kedua-dua produk Fraxiparine dan Clexane mengandungi unsur khinzir, manakala Arixtra tidak mengandungi unsur berkenaan.

Produk alternatif

Pengamal/pakar perubatan boleh membuat pemilihan yang sesuai untuk pesakit termasuk isu-isu yang membabitkan sensitiviti agama di Malaysia. Berdasarkan penilaian klinikal pesakit berkenaan dan pertimbangan sewajarnya, pesakit boleh diberi produk alternatif jika perlu.

Kementerian Kesihatan juga bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (PPPIM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dari semasa ke semasa dalam menangani perihal yang berkaitan dengan status dan pelabelan halal untuk produk yang didaftarkan oleh PBKD.

Info:BH/6 Ogos 2012/Datuk Eisah A Rahman,
Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates