Thursday, July 18, 2013

Panduan Memilih Kolagen


Kemunculan tanda penuaan pada kulit khususnya wajah pastinya menimbulkan kebimbangan lebih-lebih lagi di kalangan wanita yang sentiasa ingin tampil muda, cantik dan berseri.

Pelbagai kaedah digunakan untuk mengurang serta melindungi kedutan mahupun garis halus yang mulai wujud pada kulit biarpun kita sedia maklum ia adalah keadaan biasa yang akan dihadapi setiap insan apabila semakin berusia.

Bagaimanapun cara yang selamat harus diberi keutamaan untuk tujuan ini dan pengambilan kolagenadalah antara kaedah terbaik yang mungkin boleh diamalkan pengguna.

Kolagen sememangnya baik untuk tubuh kita dan tubuh kita juga mampu membina kolagen sendiri, namun apabila usia semakin meningkat, badan mulai kehilangan kolagen ini.

Amalan pengambilan kolagen sebenarnya sudah lama dilakukan pengguna, namun ia tidak begitu meluas di kalangan masyarakat kita disebabkan kegusaran terhadap keselamatan dan kesan sampingan yang wujud disebabkannya.

Bagaimanapun, kolagen yang disahkan pihak berkuasa kesihatan tidak perlu diragui kerana ia secara jelas diperakui sebagai produk yang selamat dalam membantu meningkatkan kepadatan kulit ke tahap memberangsangkan, sekali gus mengembalikan keremajaan.

Pelbagai kajian dilaksanakan penyelidik di seluruh dunia bagi mengenal pasti keberkesanan pengambilankolagen ini untuk mengurangkan kedutan dan garis halus yang begitu ditakuti kebanyakan wanita.

Ternyata pengambilan kolagen yang disahkan selamat adalah pendekatan terbaik, mudah dan efektif. Selain peningkatan berterusan pada ketebalan lapisan dermis kulit baik di muka mahupun badan, produkkolagen juga berupaya memberi perubahan bermanfaat kepada struktur kulit.

Peningkatan ketara dilihat dalam tahap kelembapan dan pengasidan kulit yang sememangnya penting apabila kulit semakin berusia.

Dalam usaha mengurangkan tanda penuaan ini, pengguna juga harus arif dengan keselamatan produkkolagen yang dipilih serta kandungan bahan yang digunakan dalam penghasilannya.

Berikut adalah antara petua memilih kolagen yang terbaik untuk amalan rutin kita.

1. Sebaiknya pilihlah kolagen dalam bentuk makanan berbanding suntikan untuk memastikan sistesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.

2. Pilih saiz kolagen 1000 dalton dan ke bawah. Saiz microfine membantu penyerapan yang baik kerana saiz ini adalah tahap paling optimum diserap oleh sel maka setiap kolagen yang diambil diserap sepenuhnya dan memberi kesan lebih cepat.

3. Pastikan kolagen terbabit mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci lembapan secara lebih lama.

4. Pastikan juga kolagen itu mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.

5. Sebaiknya kolagen terbabit mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen daripada tubuh kita sendiri.

6. Kolagen juga penting bukan saja untuk kekal cantik tapi kesihatan sendi juga perlu dijaga maka adanya kandungan glucosamine adalah bonus untuk mendapat sendi yang sihat.

7. Pastikan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

8. Paling penting, pastikan ia selamat dan tidak mengandungi toksid.

Info:HM/8 JUL 2013/AUTHOR:ROSYAHAIDA ABDULLAH

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates