Thursday, July 18, 2013

SUMBER MAKANAN BUANG TOKSID

Detoksifikasi adalah proses pembersihan himpunan toksid dalam semua organ penting tubuh seperti buah pinggang, hati, usus dan sistem limfatik.

Dari kebiasaan cara makan, tubuh manusia akan mengaktifkan proses metabolisme untuk menyediakan darah dan sel baru. Makanan bakal dicerna perut dan usus kecil manakala bahagian mengandungi zat bermanfaat diserap tubuh manakala sisasisanya akan dibuang.

Sehubungan itu, sebahagian sisa makanan diambil tidak semuanya dapat melalui dinding perut dan usus hingga ia menjadi endapan kotoran bagaikan sistem paip tersumbat menyebabkan pelancaran usus terganggu.

Dengan membersihkan sistem limfotik, anda boleh mengurangkan berat badan memandangkan sisa toksid terkumpul boleh membuatkan berat anda meningkat beberapa kilogram (kg).

Oleh itu, penyingkiran semua toksid itu daripada badan akan membuatkan proses mengurangkan berat badan menjadi lebih mudah.

Singkir toksid

Sebelum memulakan program mengurangkan berat badan, lakukan penyingkiran toksid terlebih dulu sekurang-kurangnya selama tujuh hingga 20 hari. Anda boleh menggunakan teh hijau atau mengamalkan pemakanan buahbuahan seperti epal, strawberi dan sebagainya untuk menghapuskan radikal bebas.

Selain itu, pastikan anda meminum air secukupnya untuk membuang toksid dalam badan anda. Selepas menghabiskan proses itu, pastikan anda terus mengamalkan diet serat tinggi bagi mengelakkan sisa toksid tadi berkumpul kembali.

Walaupun berat badan tidak berkurangan semasa menjalani proses penyingkiran toksid, ia juga sangat membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan dan menguatkan sistem penghadaman tubuh anda.

Sebelum itu, untuk mendapat keputusan lebih berkesan, anda disarankan berjumpa dengan pakar untuk mencari program bersesuaian bentuk badan dan kesihatan.

MAKANAN PEMBERSIHAN

1 Artichokes


Tumbuhan hijau yang kaya dengan komposisi antioksida ini berguna untuk menangani masalah ketidakseimbangan sistem hempedu dan darah (hati). Hempedu berperanan untuk menyingkirkan lemak tidak sihat daripada tubuh manusia.

2 Avocado

Buah tropika ini bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi mencegah pelbagai penyakit. Ia juga baik untuk proses pengawalan berat tubuh kerana kebolehan buah ini menghasilkan asid lemak dan glutathione.

3 Brokoli

Tergolong dalam kumpulan sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk sistem tubuh, brokoli adalah kaya dengan sumber antioksida. Kajian sains turut menunjukkan bahawa diet bersumberkan sayuran ini dapat mencegah kanser.

4 Dandelion

Akar pokok ini dapat membantu sistem pengaliran air kencing untuk tujuan penyingkiran kotoran daripada dalam tubuh.

5 Teh hijau

Biarpun ada pelbagai jenis daun, teh hijau adalah yang terbaik kerana kandungan kafein dalam teh ini membantu mengurangkan kembung disebabkan oleh kandungan air berlebihan.

6 Lemon

Seperti buahan citrus lain, lemon juga tinggi dengan kandungan antioksidan selain vitamin C yang baik untuk tubuh.

7 Bunga Milk thistleis

Komposisi perlindungan tumbuhan (polyphenolic) dalam tumbuhan ini dipercayai mampu merangsang proses penyingkiran hempedu dan mengeluarkan toksid dari sel darah baru.

8 Bawang


Kategori kumpulan allium ini bukan saja menjadi penyedap dalam masakan, tetapi kandungan flavonoid merangsang penghasilan glutathione atau salah satu sumber antioksida terpenting dalam badan. Hasilnya, bawang juga dikatakan tinggi antibakteria.

9 Bijiran Gandum


Kajian saintifik menunjukkan gandum bukan saja dapat menambahkan kelazatan dalam hidangan, tetapi memberikan kesempurnaan kerana ia bukan saja kaya dengan vitamin dan mineral sebaliknya menjadi ejen penyingkiran terbaik.

10 Beetroot (Akar manis)

Penuh dengan vitamin B3, B6, C dan betakaroten, ia juga tinggi dalam zat besi, zink, magnesium dan kalsium penting untuk menggalakkan penyingkiran toksid. Akar manis juga menyokong sistem hempedu kesihatan hati optimum.

11 Rumpai laut


Makanan kaya antioksida ini menguatkan saluran pencernaan. Rumpai laut menyerap toksid daripada saluran penghadaman dalam banyak cara. Sayur laut itu turut menyediakan pelbagai mineral ditemui dalam darah manusia.

12 Flaxseed

Apabila anda menjalani proses penyingkiran toksid penting untuk memastikan ia berlaku dengan betul. Oleh itu, flaxseed adalah antara yang menjadi pilihan kerana kandungan seratnya yang tinggi membantu usus menyahkan kotoran dengan berkesan selain dapat meningkatkan kadar Omega 3 dalam tubuh.

13 Epal

Penuh nutrien indah, anda boleh dapatkan serat, vitamin, mineral dan banyak fitokimia berfaedah seperti DGlucarate, flavonoid dan terpenoid. Semua bahan digunakan dalam proses penyingkiran toksid. Epal juga satu sumber baik gentian larut pektin, boleh membantu pembuangan kotoran daripada badan anda.

INFO

Kesan kotoran dalam usus

- Jika kotoran dibiarkan dalam usus dibiarkan terlalu lama akan terjadi proses fermentasi berlebihan mengakibatkan bakteria kompleks menjadi berlipat ganda hingga mengeluarkan unsur bertoksid.

- Bakteria kompleks akan bekerja lagi lebih giat tanpa kita sedari. Akibatnya tubuh menderita pelbagai penyakit dengan rasa tidak nyaman.

- Pencemaran udara dan air menyebabkan pelbagai masalah dan menambah kandungan toksid di dalam tubuh. Demikian juga kebiasaan merokok dan pengambilan minuman keras.

- Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid.

- Masalah berat badan berlebihan berpunca daripada perut.

- Usus manusia berfungsi untuk menyerap nutrisi termasuk mineral, vitamin air dan sebagainya.

- Makanan organik adalah pilihan terbaik untuk merawat penyakit dan menguatkan tubuh.

Info: BH/14 MAR 2013/AUTHOR:FATIN HAFIZAH MOHD SHAHAR

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates