Thursday, February 28, 2013

Breast-Slapping Beauty / Tamparan Muka Kekal Cantik





Obsesi pada kecantikan bukanlah perkara luar biasa dalam kalangan masyarakat dunia era ini. Daripada suntikan botox kepada pembedahan plastik, hampir semuanya tidak mustahil untuk tampil cantik jika wang bukan taruhannya.

Namun, masyarakat Thailand membawa obsesi itu ke satu tahap lain di mana tamparan payudara dan suntikan emas untuk menegangkan wajah hinggalah ke sabun pemutihan faraj menjadi antara rejim kecantikan terkini di negara itu.

Pengasas spa tamparan payudara, Khunyingtobnom atau dipanggil Madam berkata, teknik luar biasanya itu membolehkan pelanggan membesarkan lagi payudara mereka sekurang-kurangnya satu saiz tanpa memerlukan pembedahan.

"Ia kecantikan semula jadi sejuta peratus dijamin!" ujar wanita berusia 46 tahun itu.

Kerjayanya itu mendatangkan hasil lumayan dengan bayaran AS$600 (RM1,857) untuk dua sesi selama 15 minit untuk keduadua payu-dara, di samping perkhidmatan premium menampar muka yang didakwanya boleh mengecilkan wajah dan melangsing tubuh pada harga AS$1,000 (RM3,095).

Khunyingtobnom melakukan perniagaan ini sejak 28 tahun lalu selepas didorong mendiang neneknya yang menurunkan ilmu tamparan ini susulan keadaan payudara Khunyingtobnom yang agak kecil ketika melangkah usia 21 tahun.

Kini, Khunyingtobnom melakukan rawatan tamparan itu sekurang-kurangnya 20 kali sehari.

Di negara yang memandang tinggi kecantikan luaran dan yakin hanya kecantikan mampu meningkatkan tahap keyakinan mereka, bukan saja wanita Thai yang berusaha mendapatkan rawatan serta melakukan kaedah kecantikan terkini di pasaran.

Mengejutkan apabila golongan lelakinya juga mula berminat melakukan rawatan seperti suntikan minyak zaitun, silikon, melilin (waxing), malah parafin pada alat sulit mereka dengan harapan ia lebih besar dan panjang.

Profesor Suwirakorn Ophaswongse daripada Persatuan Dermatologi Thailand berkata, impian untuk mendapatkan kecantikan ideal mempunyai sejarah yang panjang di negara itu.

"Ia bermula dengan kepercayaan lampau bahawa golongan aristokrat berkulit putih dan licin manakala mereka yang berkulit gelap datang daripada kelas bawahan," katanya.

Pengaruh budaya pop Amerika Syarikat dan Korea juga menggalakkan lagi kecenderungan ini, malah makin berkembang saban hari. Ramai wanita muda seawal usia 15 tahun berani menjalani pembedahan plastik kerana mengimpikan penampilan seperti bintang idola mereka.

Disebabkan itu, klinik pembedahan plastik haram tubuh bagai cendawan selepas hujan dan mampu menarik perhatian wanita dengan tawaran pembedahan pada harga rendah.

Oktober lalu, seorang mak nyah yang bekerja sebagai jurujual produk solekan dilaporkan meninggal dunia selepas menyuntik sejenis gel pada saluran darah di pung gungnya kerana inginkan bentuk yang lebih seksi.

Rakannya, juga mak nyah, Nutchanunt Angkuttarothum, 25, berkata, tragedi itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk menjalani beberapa pembedahan lagi selepas melakukannya pada payudara dan hidung.

"Kami perlu sentiasa kelihatan cantik dan menarik, jika tidak penampilan kami tiada bezanya dengan yang lain," katanya.

Bagi wanita, permintaan untuk membesarkan mata, payudara, punggung dan mengubah hidung mula menjadi perkara wajib kala akil baligh.

Bermacam produk kecantikan pelik juga mula memenuhi pasaran antaranya krim pemutih faraj yang dipercayai berkaitan dengan tahap kebersihan wanita ketika melakukan seks. Keadaan alat sulit yang cerah juga mula menjadi tanda aras kepada taraf hidup wanita di sana.

Imej ini diperkukuhkan lagi oleh barisan selebriti yang menghiasi papan iklan di Bangkok, selain berkembangnya industri filem di negara itu.

Untuk golongan elit yang lebih dikenali sebagai HiSos (High Society), rawatan yang dijalankan lebih mewah serta boleh didapati secara meluas.

Klinik popular menyediakan rawatan berharga AS$13,000 (RM40,235) sehingga AS$200,000 (RM618,996) untuk implan benang emas di muka yang dulunya diamalkan oleh wanita Mesir purba bagi menegang dan mencerahkan wajah.

Ketika ditemui di salah sebuah klinik mewah di Bangkok, pasangan suami isteri, Patcharat dan Itsaraporn Rattanasuthaphaboon mengatakan mereka melakukan implan itu bersama-sama.

"Kedutan mula ketara di wajah dan saya mengalami masalah kulit kering di bawah mata. Tapi keadaan itu semakin baik selepas saya melakukan implan ini," kata Itsaraporn.

Suaminya pula tidak kisah mengeluarkan wang untuk prosedur itu.

"Ok bagi saya. Saya mahu isteri sentiasa kelihatan cantik," kata Patcharat.

Rawatan ini membabitkan jalur emas separa tulen dijahit ke dalam kulit untuk membentuk jaringan yang merangsang badan menghasilkan kolagen, sekali gus mengekalkan kulit lembut, kata Maciej Lichaj, pakar kulit dari Poland yang mengusahakan klinik kecantikan di Thailand.

"Masyarakat Asia sukakan emas. Kalau boleh, mereka mahu memakai emas di luar dan dalam tubuh mereka," ujarnya sambil menegaskan hasil prosedur itu boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Tapi tidak semua yang yakin dengan prosedur kecantikan `gila' seperti ini.

"Anda tidak semestinya perlu berkulit cerah untuk diiktiraf cantik. Personaliti menarik, berpengetahuan luas dan berkebolehan dalam pelbagai bidang lebih penting daripada kecantikan luaran.

"Lebih baik cantik dari dalam lalu terserlah pada luaran berbanding sekadar mengharapkan kecantikan fizikal," tegas Profesor Suwirakorn.



Info : HM/28 Feb 2013/Susunan Nor Faizah Mohamed




Tuesday, February 26, 2013

Bebas Kimia



Kesedaran pengguna mengenai bahaya bahan kimia dalam produk dandanan diri dan kosmetik semakin meningkat.

Mereka lebih bijak membeli produk rumusan semula jadi serta organik untuk mengelak sebarang kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan.

Penyelidik dari MarketLine mendedahkan lebih 35 peratus pengguna mencari produk peribadi berasaskan bahan semula jadi daripada membeli kosmetik mengandungi bahan kimia sintetik.

Justeru, pengeluar kosmetik pula melihat aliran permintaan ini seharusnya dipenuhi, lantas merumus bahan yang terbaik untuk kesan terbaik bagi kecantikan dan kesihatan.

Laporan menunjukkan, pada 2010, hampir 10 peratus produk baru di pasaran tertera perkataan `bebas paraben'. Pengguna turut memilih kosmetik bebas daripada bahan tambahan lain seperti alkohol atau bahan kimia.

Malah kandungan `tanpa alkohol' adalah pilihan tertinggi pengguna yang mementingkan kesihatan. Penghasilan produk kecantikan berasaskan organik banyak bergantung kepada kesedaran pengguna. Pengeluar akan menumpukan kepada pendekatan pemasaran menjurus kepada mendidik pengguna terhadap bahaya bahan tambahan tertentu dan manfaat memilih kosmetik berasaskan bahan semula jadi.

Pasaran serantau

Packaged Facts dalam laporannya menyebut, dalam tempoh lima tahun sehingga 2010, pasaran untuk produk penjagaan rambut, alat solek dan penjagaan tubuh berasaskan bahan semula jadi, mencatatkan perkembangan sehingga 60 peratus. Ketika itu, industri berkenaan bernilai hampir RM24 bilion dan dijangka mencecah ke paras RM33 bilion menjelang 2016.

Produk penjagaan peribadi berasaskan bahan semula jadi dan organik dibungkus sama dengan produk tradisional untuk menarik pengguna. Dalam jangka pendek, syarikat perlu memanfaatkan pelbagai saluran runcit untuk mengekalkan rangkaian pasaran. Penjualan digital, menerusi media dan memainkan peranan utama dalam pembangunan pasaran, pada masa depan.

Penyelidik pasaran, Freedonia meramalkan pengguna akan meningkatkan perbelanjaan terhadap produk kosmetik, mandian berasaskan bahan organik dan semula jadi sebanyak mungkin.

Syarikat pula ingin menarik perhatian pengguna dengan memaparkan unsur semula jadi seperti ekstrak botani, asid amino dan enzim dalam strategi pemasaran mereka.

Semakin ramai pengguna kini `berpaling' daripada membeli produk yang me ngandungi rumusan komoditi dan minyak petroleum sebaliknya lebih suka produk yang lembut seperti ekstrak botani.

Produk semula jadi dan organik di United Kingdom (UK), umpamanya menyaksikan peningkatan besar pasaran terhadap produk baru dilancarkan.

Banyak produk baru menyasarkan kumpulan pengguna tertentu merangkumi bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki dan wanita baru bergelar ibu.

Majoriti produk ini akan terus dijual menerusi premis makanan organik dan peruncit khusus walaupun penembusan runcitnya lebih tinggi di pasar raya, peruncit kecantikan, farmasi dan kedai serbaneka.

Didik pengguna

Pengeluar produk dandanan diri terus menumpukan perhatian untuk mengguna pakai standard bahan semula jadi dan organik sebagai kaedah pemasaran mereka sejajar menyediakan produk yang selamat, memenuhi piawaian dan mendidik masyarakat mengenai penggunaan bebas bahan kimia.

Syarikat pengeluaran kosmetik berasaskan bahan semula jadi dan organik mencatatkan Perancis menerajui pasaran di Eropah. Badan Pemantau Organik mendapati, jualan tahunannya terus mencatat lebih daripada 20 peratus pertumbuhan.

Peningkatan itu juga dapat dilihat menerusi penembusan runcit didorong oleh pengagihan melalui kilang minyak wangi, farmasi, parafarmasi, pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, salun dan spa.

Pasaran di Asia Barat juga mencatat jumlah memberangsangkan apabila produk mandian organik dan semula jadi menyaksikan pertumbuhan sebanyak 20 peratus.

Menurut penyelidikan daripada badan Pemantau Organik, Emiriah Arab Bersatu `menjuarai' penguasaan pasaran saham produk semula jadi dan organik sejak kebelakangan ini di wilayah terbabit.

Justeru, potensi yang hebat dapat disaksi secara meluas bagi pasaran produk asli dan organik pada ketika ini.

Pertumbuhan pasaran akan didorong oleh permintaan untuk produk kecantikan organik, hijau dan sekali gus semakin banyak ruang rak khusus untuk produk berkenaan bagi membantu memacu pertumbuhan pasaran ke tahap lebih tinggi.

Kebimbangan pengguna terhadap kesan bahaya daripada bahan sintetik dalam produk penjagaan peribadi merek termasuk parabens, garam aluminium dan phthalates, terus merangsang permintaan untuk produk semula jadi.

Piawaian dan persijilan standard akan membuktikan, pada tahun mendatang pengguna mencari penanda dipercayai dalam memilih produk kosmetik mereka.

Ketika Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat menerajui jualan, kadar pertumbuhan adalah lebih tinggi berbanding negara lain dan menunjukkan potensi pertumbuhan yang besar bagi industri dandanan diri.

Pengeluar terbaru pasaran ini termasuk Garnier, Henkel dan Amore Pasifik.

INFO

Panduan pengguna

- Banyak produk penjagaan kulit melabelkan produknya sebagai semula jadi. Pengguna harus tahu apakah ukuran kesahihannya.

- Pakar kulit menyatakan, bahan semula jadi dan organik boleh mengakibatkan alergi. Sesetengah pewangi semula jadi (benzyl alcohol, citral, citronellol, eugenol, geraniol, limonene and linalool) adalah penyebab alergi umum.

- Sesetengah minyak asas (bergamot, anggur dan lemon) akan meningkatkan risiko penjemuran dan pewarnaan pigmen. Pengguna disaran mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari selepas menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan ini.

- Majlis Pengguna Hong Kong ini, memberi panduan yang boleh membantu pengguna melakukan pilihan sekiranya ingin membeli produk kecantikan berasaskan organik.

Antaranya:

- Periksa sijil pada produk. Terdapat sistem pensijilan antarabangsa yang berlainan untuk produk kosmetik. Ia diukur berdasarkan peratusan organik semula jadi digunakan dalam produk.

- Baca senarai bahan dengan teliti. Senarai bahan kosmetik disusun dalam turutan predominan, iaitu bahan unggul disenarai dahulukan.

- Sesetengah produk mendakwa bebas bahan kimia seperti pewangi dan pewarna. Dakwaan seperti ini tidak boleh diambil kira sebagai pematuhan kepada standard organik.

- Pengguna dinasihati supaya berhati-hati semasa membeli dan menggunakan produk dilabelkan organik ataupun semula jadi. Pastikan label mematuhi standard ditetapkan


Info:BH/Feb 18, 2013/Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Kuat Merajuk

 

Adat bercinta, Ingin dipujuk, tapi ,merajuk tak tentu pasal, menyampah pula nak layan.

Kalau ditanya pada 100 remaja, mereka berpendapat merajuk ini perlu. Kononnya mergerat lagi hubungan dan konklusi kepada keserasian mereka.

Kalau si gadis merajuk, lagaknya nampak comel tapi ramai juga lelaki yang sensitif dan mudah nak merajuk. Pening juga kekasih mencari jalan untuk memujuk sebab ikut kata, lelaki lebih rumit untuk dipujuk.

Tapi tak semua pasangan boleh tahan dengan perangai pasangan 'merajuk' ini. Ada yang berpendapat seperti kebudak-budakkan dan tidak matang. Lebih-lebih lagi merajuk ini. Ada yang berpendapat seperti  kebudak-budakkan dan tidak matang. Lebih-lebih lagi merajuk sebab lambat menjawab telefon, lewat membalas SMS, keluar rumah tidak beritahu ataupun lebih kronik, nak tidur tak ucap selamat malam.

Bukan tidak ada pasangan berpisah kerana tak tahan dengan pasangan yang suka merajuk terutama kalau merajuk kena mengambil masa berhari-hari untuk dipujuk. Pendek kata, tidak kata tidak boleh tersasul sikit kalau bercakap, tahu nak merajuk saja. Naik muak jika dilayan.

Kajian yang dijalankan The Ultimate Self Esteem Test, beribu-ribu wanita wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang kronik. Cemburu punca tercetusnya perasaan merajuk.

Dalam satu blog, carian undian menunjukkan yang wanita lebih sinonim dengan perangai merajuk. Maklumlah fitrah kaum Hawa sentiasa inginkan perhatian. Tapi jangan tak tahu, kalau lelaki merajuk lagi teruk. 

Mengikut pemerhatian umum, bila seseorang lelaki merajuk khas buat gadis-gadis yang mungkin tidak perasan, ini tanda mereka mula terasa hati.

Mereka akan diam seribu bahasa, buat tak tahu, menolak makan, masam muka tidak seperti kebiasaan. Kerana ego, mereka tidak akan memberitahu yang mereka sebenarnya sedang merajuk.

Ada juga lelaki yang mengalih perasaan sakit hati atau merajuk dengan membaca surat khabar atau sebarang bacaan lain, menonton televisyen hingga lewat malam, keluar rumah tanpa beritahu dan paling klasik, matikan telefon bimbit!

Memang si gadis akan 'gila' apabila kekasihnya hilang tanpa khabar berita. Pastikan anda tidak terlepas daripada petanda mereka merajuk jika tidak mahu timbul pula perasaan sakit hati.

Apa sebabnya mereka merajuk? Rasanya tiga sebab utama pasangan merajuk, pertama adalah kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Kedua, mungkin tidak dapat apa yang diinginkan dan ketiga, orang lain lebih hebat darinya.

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dan mungkin ada disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza.

Info: HM/25 Feb 2013

Saturday, February 23, 2013

facebook Glutaberries with Vit B17

Jom ke website di bawah untuk melihat info Glutaberries with Vit B17...


https://www.facebook.com/pages/Gluta-Berries-B-17/311559105621947

Hayat Usia


USIA lanjut realiti kehidupan yang tidak boleh dielak. Selagi jangka hayat individu belum terhenti nafas, mereka perlu terus menjalani kehidupan.

Dengan tahap penurunan kesuburan dan peningkatan jangka hayat, menjadikan warga tua semakin ramai di negara ini. Malaysia akan menjadi sebuah negara menua menjelang 2030.

Justeru, ia adalah satu cabaran kerana dalam tempoh 18 tahun akan datang, 15 peratus daripada populasi penduduk negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Jangkaan itu turut menjelaskan, Malaysia mencapai tahap negara menua hanya dalam tempoh 26 tahun iaitu lebih cepat jika dibandingkan dengan negara Eropah yang mengambil masa 100 tahun untuk mencapai tahap menua.

Persoalan utamanya ialah cabaran yang akan dihadapi warga tua. Oleh sebab penuaan adalah isu penting dan kompleks kerana ia merangkumi dimensi sosial, psikologi, demografi dan perubatan.

Proses semula jadi

Yang pasti, penuaan adalah proses semula jadi tidak boleh dielakkan, tetapi ia turut menjadikan ramai risau mengenai perubahan fizikal dan penyakit bakal dialami akibat penyusutan daya tahan tubuh.

Seiringan dengan penuaan, tubuh bakal mengalami penurunan kadar penghasilan hormon pertumbuhan atau sistem edokrin yang penting untuk mengawal keseimbangan tubuh dan metabolisma seseorang.

Pakar Perunding Endokrinologi, Prof Datuk Dr Khalid Abdul Kadir, menjelaskan tubuh akan mengalami penuaan secara semula jadi seiring peningkatan usia dan perkara itu sangat menarik walaupun tubuh mempunyai sistem agak rumit.

"Apabila usia meningkat, badan mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit. Ini kerana, mereka yang lebih berusia secara semula jadi menghasilkan glukos dikenali sebagai Advanced Glycosylation End (AGE products - AGEs) yang menyebabkan penimbunan tisu.

"Seiring usia, kelenjar pituitari semakin kurang mengeluarkan hormon dan kadar metabolisma tubuh juga menjadi perlahan. Tanda dan gejala penuaan semakin kelihatan," katanya ketika perbincangan kesihatan mengenai 'Penuaan dan Hormon: Bagaimana Melalui Penuaan Tetapi Kekal Menawan di Pusat Perubatan Tropicana, baru-baru ini.

Hormon tumbesaran

Dr Khalid berkata, hormon tumbesaran dihasilkan kelenjar pituitari (kelenjar endokrin utama) membolehkan pertumbuhan dan mengawal metabolisma.

Katanya, pelbagai jenis organ dalam badan yang mengeluarkan hormon dan satu organ mengeluarkan beberapa jenis hormon dan pembebasan hormon dikawal selia oleh kelenjar dalam otak depan dipanggil hipotalamus.

"Kadar perkembangan hormon dalam kalangan kanak-kanak amat pesat berbanding dewasa. Semakin meningkat usia, hormon dihasilkan semakin berbeza antara lelaki dengan wanita. Hormon itu juga mengalami penyusutan drastik ketika seseorang mencecah 25 tahun.

"Hipotalamus membebaskan satu jenis hormon bertindak merangsang organ lain dan membebaskan hormon yang berakhir dengan penghasilan satu bentuk tindak balas atau fungsi untuk tubuh," jelasnya.

Kesan penuaan

Proses penuaan turut menyebabkan wanita dan lelaki mula berhadapan dengan pelbagai masalah hingga boleh memudaratkan diri, keluarga dan komuniti.

Katanya, individu melalui penuaan akan terdedah kepada tanda membimbangkan termasuk peningkatan kadar kemurungan dan kematian, penyusutan memori, kekurangan daya seks, kekuatan otot menyusut,penyakit kardiovaskular dan osteoporosis.

Risiko penyakit

Katanya, lelaki lebih mudah berhadapan risiko masalah berkaitan jantung seperti strok, serangan jantungberbanding wanita dan anak muda kerana berlakunya age products menyebabkan proses pembaikan tisu berkurangan dan penghasilan hormon pertumbuhan semakin kurang.

"Paras gula tinggi dalam darah mempercepatkan pertambahan bahan AGEs dalam tubuh menyebabkan penimbunan tisu. Jadi, tidak hairan kebanyakan pesakit diabetes kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.

"Paras gula tinggi juga menyebabkan risiko penyakit seperti kanser, tekanan darah tinggi dan pelbagaipenyakit lain, ditambah faktor sekeliling, misalnya merokok dan bahan toksin daripada pencemaran," katanya.

Jangka hayat penduduk Malaysia

FAKTA

Kajian pada 2009

- Usia lelaki

- 72.6 tahun

- Usia Wanita

- 77.5 tahun

Kajian pada 1980

- Usia lelaki

- 63.5 tahun

- Usia wanita

- 67.1 tahun



Info; BH/21 FEB 2012/Fatin Hafizah Mohd Sahar

Thursday, February 21, 2013

Pap Smear


APAKAH PAP SMEAR ???
Pap Smear adalah ringkasan bagi Papanicolaou Smear.

Apakah kebaikan Pap Smear???
Pap Smear digunakan untuk menyaring (screen) penyakit kanser atau barah disalur bawah kemaluan wanita seperti
  1. kanser serviks
  2. kanser vagina
  3. kanser corpus

Siapakah yang patut menjalani Pap Smear???
  1. Semua pesakit yang mengidap sakit puan
  2. Ibu mengandung lebih dari 30 tahun umur
  3. Ibu lepas melahirkan anak

Bagaimana Pap smear dilakukan ???
  1. Sedikit spesimen akan diambil oleh doktor atau jururawat di bahagian bawah salur peranakan . Alat yang digunakan adalah seperti berus lukisan dan tidak menyakitkan.
  2. Spesimen akan diletakkan ke dalam larutan alkohol 90% setelah dikeringkan selama 10 saat
  3. Borang pemeriksaan akan diisi oleh doktor
  4. Pemeriksaan spesimen akan dibuat di pusat tertentu
  5. Jika ada keabnormalan , pesakit akan dihubungi

Apakah signifikan keputusan Pap Smear???
Keputusan Pap smear akan dibahagi pada 6 kelas :
 Kelas I : normal
Kelas II : tak normal tapi bukan kanser
Kelas III : Tidak pasti
Kelas IV : Kemungkinan kanser @barah 
Kelas V : Kanser@ barah
Kelas 0 : Keputusan tidak memuaskan tapi bukan kanser

Apakah langkah seterusnya ???
Kelas I-II : Rawat jika ada infeksi, ulang Pap smear 6 bulan lagi
Kelas III-V : Ulang Pap Smear, kemudian jalani Colposkop dan kemungkinan kemudian biopsi diambil

Dimana anda boleh mendapatkan pemeriksaan Pap Smear???
Pap smear boleh didapati dengan senang antara tempatnya :
  1. Klinik Kesihatan terdekat
  2. Klinik Desa
  3. Hospital Daerah
  4. Hospital Besar
  5. Bangunan Perancang Keluarga
  6. Klinik Ibu Mengandung dan Sakit Puan
 Info : http://afiat3000.tripod.com/papsmear.htm 

Tuesday, February 19, 2013

Buah Turunkan Berat Badan



BUAH turunkan berat badan sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Info: HM/Dec 28/2011

Sunday, February 17, 2013

7 Deadly Symptoms You Should Never Ignore


7 Deadly Symptoms You Should Never Ignore

Added to Articles on Tue 12/07/2010
Deadly Symptom: Sudden and Increasing Pain in the Upper Right of Your Stomach
The Condition: Gallstones

The gallbladder is one of the body’s smallest organs. Located right below the liver, it collects bile, necessary for the digestion of fat, and releases it into the small intestine. When excess cholesterol is present in bile, stones can begin to form in the gallbladder – leading to excruciating pain, infection and other complications. Infection can spread to the liver or pancreas and can be deadly if left untreated. When infection occurs or, in more extreme cases, when the gallbladder bursts, surgery is necessary. Seek immediate help if you feel this pain, which can be accompanied by a fever. Click here to learn more about keeping your gallbladder healthy.

Deadly Symptom: Blurred, Shaded or Double Vision
The Condition: Diabetes

Aging can cause vision changes, but these symptoms are distinct. Diabetes is the leading cause of blindness in people ages 20 to 74. Uncontrolled blood sugar levels can damage all the blood vessels in the body, including those in the eye. Damaged vessels can not deliver blood to the eye. As new vessels begin to replace the damaged ones, they begin to crowd your field of vision, shading it like the branches of a tree. These new vessels can also hemorrhage. If you notice blurred, shaded or double vision, go to your doctor immediately. These symptoms are reversible and further damage is avoidable if you get your sugar levels under control. 

Deadly Symptom: A Persistent Headache
The Condition: Cerebral Aneurysm

People who have had an aneurysm have described the pain as the “worst headache of their life.” An aneurysm is a ballooning of the blood vessel. If you feel an intense headache, it could mean that a blood vessel has ruptured, which is fatal 40% of the time. If you have high blood pressure, you are at increased risk for a cerebral aneurysm. If you are menopausal, the drop in estrogen is also a risk factor.

Seek help immediately if you feel this pain or any of these warning symptoms:
  • Pain above or behind the eye
  • Neck pain
  • Numbness on one side of the face
Info by : Dr Oz

Chinese Facial Reading Chart


Chinese Facial Reading Chart

Eyes
Eyes are the window to your liver. If you notice any change in color, that's a sign something is wrong – especially if the color is yellow. If your eyes yellow, go see a doctor. 

Nose
The nose is connected to the heart. An especially red nose or a line through the nose both indicate that you could have heart issues. 

Upper Lip
If a woman is experiencing fertility issues, fibroids or hormonal fluctuations, she will notice changes on the middle of her upper lip. 

Cheeks
Your lungs are connected to your cheeks. If you notice changes on the hollowing of your cheeks, it could be a sign that you're not breathing properly. 

Info by: Dr.Oz

Bahan Aktif di dalam Glutaberries B17

Apakah Gluthathione?

Adalah sejenis molekul yang ada dalam seluruh tubuh dan paling banyak terdapat dihati dan didalam sel darah. Ia terdiri daripada 3 jenis Asid Amino L-Sistem, L-Asid Glutamate dan L-Glisin. Ianya dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan daripada zat makanan.

Apakah Kolagen?

Kolagen adalah proten utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein didalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada Kornea, Kanta Mata, Kulit, Salur Darah, Keratin (rambut, kuku), Tulang, Tendon, Rawan Sendi, Gigi, Hati, Tulang Sum-Sum dan Tisu serta Organ seperti Buah Pinggang, Jantung dan Sistem Limfatik.

Fungsi Kolagen

Menghasilkan Asid Amino penting seperti, Lysin, Prolin dan Glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel. Hydroxyprolin memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin-melembapkan kulit.

Analin, Prolin dan Asparagin menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit serta menghalang penuaan. Arginin memudahkan tidur nyenyak dan menghasilkan pola tidur yang teratur. Ia juga mengawal metabolisme tubuh secara enzimatik.

Memberi perlindungan kepada Tulang Rawan pada Sendi daripada enzim dan kerosakan Oksidatif. Meningkatkan penyerapan Kalsium serta melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit dan menguatkan salur darah. Ia juga nenghasulkan kualiti rambut dan kuku yang baik.

Wednesday, February 13, 2013

Khasiat Buah Beri


Glutaberries Vit B17 kini di pasaran dengan 1 sachet mengandungi 20gm. Bahan mentah yang diimport dari Itali dan Brazil dalam bentuk ekstrak 9 Jenis Beri:

1.Bilberry


Bilberry yang bernama latin Vaccinium sp., banyak tumbuh liar pada tanah lembab dan sedikit asam di daerah subtropis yang terletak di 23,5° - 66,6° LU utamanya seperti di Inggris, Irlandia, Skotlandia, Wales, Skandinavia, Polandia, Austria, Swiss, dan Russia. Bilberry berwarna biru tua kehitaman dengan daging buah merah atau ungu berasa manis. Umumnya diameter Bilberry 5 – 8 mm. Sebagai tumbuhan liar, maka setiap orang dapat memetik Bilberry untuk dimakan secara langsung ataupun dibuat selai, kuih, atau jus. Selain itu, Bilberry yang kaya dengan kandungan pigmen anthocyanin diteliti untuk tujuan pengubatan seperti pengubatan mata, jantung bahkan kanser.


2.Blackberry



Blackberry yang memiliki nama latin Rubus sp., tumbuh di utara tidak hanya di tanah subur bahkan di tanah yang kurang subur, terutamanya di wilayah subtropis seperti Amerika Utara dan Eropah. Sesungguhnya Blackberry merupakan kumpulan buah (etaerio) yang menempel satu sama lain seperti berkumpul berwarna hitam atau ungu tua, manis rasanya dengan panjang sekitar 130 mm. Penanaman Blackberry yang terkenal adalah di Oregon, Amerika Serikat untuk pelbagai keperluan seperti buah pencuci mulut, selai, anggur dan bahan pembuat kuih. Blackberry kaya akan antioxidant seperti polyphenol mahupun omega 3 yang baik untuk radikal bebas dalam tubuh untuk pencegahan kanser, jantung koronari mahupun stroke.


3.Blueberry



Blueberry yang termasuk keluarga Vaccinium memiliki nama sub keluarga lebih spesifik iaitu Cyannococcus, berasal dari Amerika Utara dan tumbuh di area sub tropis. Untuk membezakan dengan Billberry atau Huckleberry ia juga berasa manis, buah Blueberry masak berisi putih atau kehijauan sedangkan Billberry atau Huckleberry isi buahnya berwarna ungu semua. Hal lain yang memzedakan adalah Blueberry berbuah dalam kelompok (cluster) sedangkan Bilberry hanya satu atau dua pada satu tangkainya. Ukuran Blueberry antara 5 – 16 mm dengan adanya bentuk seperti mahkota di ujung buahnya. Meskipun berasal dari Amerika Utara, Blackberry sudah dibudayakan di Australia, New Zealand dan negara-negara Amerika Selatan. Negara bagian Maine, Amerika Serikat merupakan produsen Blueberry terbesar di dunia. Blueberry digunakan sebagai buah pencuci mulut, jus, selai, berbagai kuih dan jelly. Berdasarkan penelitian terakhir pada Bluebery, kandungan antioxidant polyphenol dan anthocyanin yang kaya mampu mencegah perkembangan kanser, jantung koronari dan stroke.


4.Cranberry



Cranberry termasuk tumbuhan semak yang juga termasuk keluarga Vaccinium yang menggunakan nama latin Oxycoccos sebagai nama sub keluarganya. Nama Cranberry diambil dari nama burung Crane yang bentuk leher dan kepalanya seperti kelopak bunga Cranberry. Tanaman ini tumbuh di tanah lembab sedikit asam yang banyak tersebar di sebelah utara. Diameter buah Cranberry berkisar 6 – 18 mm, apabila masak berwarna merah dan berasa masam-masam. Amerika Syarikat merupakan pengeluar Cranberry terbesar di dunia seperti dari negara Wisconsin. Penanaman Cranberry juga dilakukan di Chile, negara-negara Balkan dan Eropah Timur. Cranberry banyak digunakan sebagai sos makanan, jus dan manisan meskipun ada juga yang diguna sebagai pencuci mulut. Selain mengandungi antioxidant polyphenol, Cranberry juga mengandungi alkaloids misalnya anthocyanidin, cyanidin, peonidin dan quercetin yang berguna mencegah kanser. Jus Cranberry juga dipercaya dapat mencegah formasi batu ginjal.

Info:www.ceriwis.com/lounge/955960-jenis-jenis-buah-beri


5. Maqui berry





Kebaikan Maqui Berry

Jika hendak dibandingkan dengan khasiat buah-buahan yang tinggi antioksidan seperti Acai Berry, Wolfberry, manggis, delima, noni dan beberapa buah lain, Maqui Berry telah diiktiraf sebagai buah memiliki kandungan nutrisi paling terbaik di dunia.Menurut Hisham, khasiat nutrisi yang tinggi dipercayai amat bersesuaian dalam membantu penjagaan kesihatan badan terutamanya bagi pembentukan sel-sel dan kesihatan organ."Justeru, buah terbaik ini kami gabungkan dengan buah-buahan lain yang turut mempunyai khasiat yang tinggi sebagai jus bertujuan memenuhi keperluan nutrisi badan manusia daripada sebarang penyakit kronik dan berjangkit."Selain rasanya yang sedap dan sesuai untuk semua peringkat umur, suplemen ini amat bagus dijadikan keperluan harian," jelasnya.Katanya lagi, buah-buahan lain yang digabungkan memiliki jumlah ORAC antioksidan dalam lingkungan 6,000 sehingga 30,000 sahaja."Maqui Berry pula mengandungi sejumlah 94,500 ORAC antioksidan iaitu tiga kali ganda dari buah Acai Berry yang sebelum ini diiktiraf sebagai buah terbaik dunia kerana memiliki 30,000 kandungan antioksidan.


6. Gojiberry





7. Elderberry




8. Strawberry


9. Delima


Saturday, February 9, 2013

Artis Korea Tanpa Make up


1. Min, anggota Miss A



2. Nana ‘After School’



3. CL, anggota 2NE1

 


4. Jiyeon, anggota T-ara

 


5. Hara ‘KARA’



6. Song Hye Kyo



 7. Ga In ‘Brown Eyed Girls’



8. Sunye atau Sun, anggota Wonder Girls

 


9. Jessica ‘SNSD’

 


10. Bom, anggota 2NE1



 11. Sohee, anggota Wonder Girls



12. Sang putri dalam Princess Hours, Yoon Eun Hye

 


13. Sandara, anggota 2NE1 


Kulit tetap segar walaupun tanpa make up.

Info: http://ctrie.blogspot.com/2012/10/artis-korea-wanita-tanpa-make-up-13.html
 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates