Sunday, March 3, 2013

Aprikot vitamin B17 rawatan kanser & pelbagai penyakit metabolik


Abad ke-21 menunjukkan perkembangan pesat berlaku dalam bidang sains dan teknologi. Namun disebalik perkembangan ini, tahap kesihatan manusia dilihat semakin merosot dan penyakit kronik metabolik dilihat bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit kronik metabolik seperti kegagalan fungsi jantung dan sistem kardiovaskular, masalah sistem pernafasan, kencing manis, darah tinggi, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain sering menjadi penyebab utama kematian di Malaysia dan di seluruh dunia.


Dijangkakan 23.6 juta kematian akibat penyakit jantung dan 12.9 juta kematian akibat kanser berlaku menjelang 2030 di seluruh dunia. Begitu juga dengan penyakit kencing manis yang dilapor telah mencatatkan 650,000 kes baru setiap tahun di Malaysia.

Statistik yang membimbangkan ini berkemungkinan besar berpunca daripada tabiat dan sikap manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat seiring dengan perkembangan teknologi. Berdasarkan daripada kajian dan soal selidik, majoriti mengakui kurang bersukan dengan alasan masa yang terhad, penat atau terlalu sibuk dengan kerja. Malah lebih memburukkan keadaan ada diantara mereka ini adalah seorang perokok, sering mengambil minuman beralkohol dan tidak mengamalkan diet yang seimbang. Maka, risiko untuk menghidap penyakit kronik metabolik adalah sangat tinggi. Selain itu, kekerapan pengambilan makanan berasid dalam diet seharian juga merupakan salah satu punca utama seseorang itu mendapat penyakit kanser dan pelbagai penyakit kronik metabolik lain. Pelbagai bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan yang digunakan di dalam makanan dan minuman tanpa disedari mampu mendedahkan risiko tubuh badan kita untuk mendapat penyakit kanser.

Walaupun perubatan konvensional dikatakan mampu merawat kanser dan penyakit-penyakit lain, namun statistik pesakit kronik metabolik dilihat bertambah dari semasa ke semasa. Usaha dan kajian saintifik yang dilakukan oleh para saintis di seluruh dunia telah membawa kepada penemuan pelbagai jenis bahan makanan yang semulajadi terutamanya Aprikot B17 sebagai alternatif rawatan kanser dan penyakit-penyakit kronik metabolik yang lain.

Terapi Semulajadi

Penemuan sebatian-sebatian semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dalam perawatan dan pencegahan penyakit telah lama diperkatakan oleh para saintis seluruh dunia. Sebatian semulajadi seperti Amygdalin atau Vitamin B17 atau Laetrile telah diuji keberkesanannya terhadap kanser pertama kali oleh seorang pakar Biokimia, Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Kajian berikutnya dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk dimana beliau berkata, "Di bawah mikroskop, kami memasukkan Vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali,"

Selain itu, beberapa saintis perubatan yang lain juga turut memperakuinya. Antaranya, Dr Contreras dari Oasis of Hope Hospital, Mexico melalui ujian klinikal yang telah beliau jalankan terhadap 100,000 pesakit sejak tahun 1963. Katanya,"Kami mendapati Vitamin B17 sangat efektif untuk mereka yang menghidapi kanser. Malah, untuk menghalang kanser dan melindungi tubuh dari serangan semula kanser (relapse cancer), tiada yang lebih efektif berbanding Vitamin B17."

Kajian ke atas Puak Hunza di pergunungan Pakistan mengukuhkan kenyataan ini apabila didapati pengambilan biji aprikot di kalangan mereka mampu melanjutkan usia mereka sehingga 120 tahun tanpa menghidapi sebarang kanser. Situasi yang sama juga berlaku pada haiwan liar di mana dalam habitat semulajadinya didapati tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya, haiwan yang dipelihara di dalam zoo berkemungkinan besar akan mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya dengan nutrien tetapi tidak mengandungi Vitamin B17.

Vitamin B17 atau Amygdalin atau Laetrile merupakan agen kimoterapi semulajadi. Ia terdiri daripada Glukosa, Sianida dan Benzaldehyde. Sianida dan Benzaldehyde adalah bersifat racun. Namun dalamVitamin B17, ia terkunci rapat dan tidak membahayakan. Struktur ini hanya boleh diuraikan dengan kehadiran enzim Beta-Glucosidase. Enzim ini tidak terdapat pada sel normal dalam tubuh manusia tetapi hanya terdapat pada sel kanser. Apabila Vitamin B17 berada dalam tubuh badan, ia akan meliputi sel-sel kanser dan secara semulajadi enzim ini akan menguraikan Vitamin B17 kepada elemen Sianida, Benzaldehyde dan Glukosa.

Elemen Sianida dan Benzaldehyde ini akan membunuh sel kanser tersebut. Lebihan Sianida akan ditukar kepada Thiocynate oleh Enzim Rhodanese. Thiocynate akan membantu untuk mengimbangi tekanan darah. Manakala, Benzaldehyde yang berlebihan pula akan bergabung dengan molekul oksigen membentuk Asid Benzoik yang berupaya mengurangkan masalah rheumatic arthritis (sakit sendi).

Aprikot B17

TAHUKAH ANDA bahawa Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuhtumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk berjenama Farmas Health, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain serta mampu meningkatkan kesihatan sekaligus membantu mengurangkan risiko menghidap penyakitpenyakit kronik metabolik.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia. Ini amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan. Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa juga menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini amat penting bagi memastikan kandungan Vitamin B17 dan nutrien lain masih kekal dan tidak rosak serta bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan serta selamat dimakan.

Nutrien lain yang terdapat dalam biji aprikot termasuklah asid oleik dan asid linoleik yang telah terbukti berkesan membantu mengawal paras kolestrol dalam darah dan seterusnya membantu mengurangkan risiko masalah jantung dan salur darah tersumbat (artheroclerosis). Ia juga bersifat anti-diabetik (mengawal paras gula dalam darah) dan antikeradangan (membantu mengawal masalah sinus, asma dan eczema atau keradangan kulit) serta berupaya merangsang perembesen hormon insulin. Kandungan thiamin, riboflavin, niacin, vitamin C, Vitamin E dan beberapa mineral semulajadi lain dalam biji aprikot juga menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan sebagai nutrien tambahan bagi meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan tubuh badan tanpa memberikan kesan sampingan lain.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata, "Aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang dapat membantu merencat perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di tubuh badan."

Keberkesanan Vitamin B17 dalam membantu mencegah dan merawat kanser telah diperakui dan telah mendapat testimoni yang menakjubkan oleh pesakit kanser bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Antaranya, Fanida, 74 tahun. Dua belas tahun yang lalu, beliau disahkan menghidap kanser payudara. Kemudian, pada tahun 2004, beliau telah didiagnosis pula dengan kanser ovari peringkat keempat dan telah menjalani kimoterapi. Walaupun telah disahkan sembuh, namun setahun selepas itu kanser menyerang semula di limfa, perut dan kawasan pelvis. Beliau telah diperkenalkan dengan VitaminB17 dan mengamalkan pemakanannya secara konsisten. Setelah itu, terdapat perubahan positif yang ketara setiap kali melakukan pemeriksaan kesihatan. Sehingga kini beliau masih mengamalkan pemakananVitamin B17.



Info:HM/1 Mac 2013/Majalah Metro

Thursday, February 28, 2013

Breast-Slapping Beauty / Tamparan Muka Kekal Cantik





Obsesi pada kecantikan bukanlah perkara luar biasa dalam kalangan masyarakat dunia era ini. Daripada suntikan botox kepada pembedahan plastik, hampir semuanya tidak mustahil untuk tampil cantik jika wang bukan taruhannya.

Namun, masyarakat Thailand membawa obsesi itu ke satu tahap lain di mana tamparan payudara dan suntikan emas untuk menegangkan wajah hinggalah ke sabun pemutihan faraj menjadi antara rejim kecantikan terkini di negara itu.

Pengasas spa tamparan payudara, Khunyingtobnom atau dipanggil Madam berkata, teknik luar biasanya itu membolehkan pelanggan membesarkan lagi payudara mereka sekurang-kurangnya satu saiz tanpa memerlukan pembedahan.

"Ia kecantikan semula jadi sejuta peratus dijamin!" ujar wanita berusia 46 tahun itu.

Kerjayanya itu mendatangkan hasil lumayan dengan bayaran AS$600 (RM1,857) untuk dua sesi selama 15 minit untuk keduadua payu-dara, di samping perkhidmatan premium menampar muka yang didakwanya boleh mengecilkan wajah dan melangsing tubuh pada harga AS$1,000 (RM3,095).

Khunyingtobnom melakukan perniagaan ini sejak 28 tahun lalu selepas didorong mendiang neneknya yang menurunkan ilmu tamparan ini susulan keadaan payudara Khunyingtobnom yang agak kecil ketika melangkah usia 21 tahun.

Kini, Khunyingtobnom melakukan rawatan tamparan itu sekurang-kurangnya 20 kali sehari.

Di negara yang memandang tinggi kecantikan luaran dan yakin hanya kecantikan mampu meningkatkan tahap keyakinan mereka, bukan saja wanita Thai yang berusaha mendapatkan rawatan serta melakukan kaedah kecantikan terkini di pasaran.

Mengejutkan apabila golongan lelakinya juga mula berminat melakukan rawatan seperti suntikan minyak zaitun, silikon, melilin (waxing), malah parafin pada alat sulit mereka dengan harapan ia lebih besar dan panjang.

Profesor Suwirakorn Ophaswongse daripada Persatuan Dermatologi Thailand berkata, impian untuk mendapatkan kecantikan ideal mempunyai sejarah yang panjang di negara itu.

"Ia bermula dengan kepercayaan lampau bahawa golongan aristokrat berkulit putih dan licin manakala mereka yang berkulit gelap datang daripada kelas bawahan," katanya.

Pengaruh budaya pop Amerika Syarikat dan Korea juga menggalakkan lagi kecenderungan ini, malah makin berkembang saban hari. Ramai wanita muda seawal usia 15 tahun berani menjalani pembedahan plastik kerana mengimpikan penampilan seperti bintang idola mereka.

Disebabkan itu, klinik pembedahan plastik haram tubuh bagai cendawan selepas hujan dan mampu menarik perhatian wanita dengan tawaran pembedahan pada harga rendah.

Oktober lalu, seorang mak nyah yang bekerja sebagai jurujual produk solekan dilaporkan meninggal dunia selepas menyuntik sejenis gel pada saluran darah di pung gungnya kerana inginkan bentuk yang lebih seksi.

Rakannya, juga mak nyah, Nutchanunt Angkuttarothum, 25, berkata, tragedi itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk menjalani beberapa pembedahan lagi selepas melakukannya pada payudara dan hidung.

"Kami perlu sentiasa kelihatan cantik dan menarik, jika tidak penampilan kami tiada bezanya dengan yang lain," katanya.

Bagi wanita, permintaan untuk membesarkan mata, payudara, punggung dan mengubah hidung mula menjadi perkara wajib kala akil baligh.

Bermacam produk kecantikan pelik juga mula memenuhi pasaran antaranya krim pemutih faraj yang dipercayai berkaitan dengan tahap kebersihan wanita ketika melakukan seks. Keadaan alat sulit yang cerah juga mula menjadi tanda aras kepada taraf hidup wanita di sana.

Imej ini diperkukuhkan lagi oleh barisan selebriti yang menghiasi papan iklan di Bangkok, selain berkembangnya industri filem di negara itu.

Untuk golongan elit yang lebih dikenali sebagai HiSos (High Society), rawatan yang dijalankan lebih mewah serta boleh didapati secara meluas.

Klinik popular menyediakan rawatan berharga AS$13,000 (RM40,235) sehingga AS$200,000 (RM618,996) untuk implan benang emas di muka yang dulunya diamalkan oleh wanita Mesir purba bagi menegang dan mencerahkan wajah.

Ketika ditemui di salah sebuah klinik mewah di Bangkok, pasangan suami isteri, Patcharat dan Itsaraporn Rattanasuthaphaboon mengatakan mereka melakukan implan itu bersama-sama.

"Kedutan mula ketara di wajah dan saya mengalami masalah kulit kering di bawah mata. Tapi keadaan itu semakin baik selepas saya melakukan implan ini," kata Itsaraporn.

Suaminya pula tidak kisah mengeluarkan wang untuk prosedur itu.

"Ok bagi saya. Saya mahu isteri sentiasa kelihatan cantik," kata Patcharat.

Rawatan ini membabitkan jalur emas separa tulen dijahit ke dalam kulit untuk membentuk jaringan yang merangsang badan menghasilkan kolagen, sekali gus mengekalkan kulit lembut, kata Maciej Lichaj, pakar kulit dari Poland yang mengusahakan klinik kecantikan di Thailand.

"Masyarakat Asia sukakan emas. Kalau boleh, mereka mahu memakai emas di luar dan dalam tubuh mereka," ujarnya sambil menegaskan hasil prosedur itu boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Tapi tidak semua yang yakin dengan prosedur kecantikan `gila' seperti ini.

"Anda tidak semestinya perlu berkulit cerah untuk diiktiraf cantik. Personaliti menarik, berpengetahuan luas dan berkebolehan dalam pelbagai bidang lebih penting daripada kecantikan luaran.

"Lebih baik cantik dari dalam lalu terserlah pada luaran berbanding sekadar mengharapkan kecantikan fizikal," tegas Profesor Suwirakorn.



Info : HM/28 Feb 2013/Susunan Nor Faizah Mohamed




Tuesday, February 26, 2013

Bebas Kimia



Kesedaran pengguna mengenai bahaya bahan kimia dalam produk dandanan diri dan kosmetik semakin meningkat.

Mereka lebih bijak membeli produk rumusan semula jadi serta organik untuk mengelak sebarang kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan.

Penyelidik dari MarketLine mendedahkan lebih 35 peratus pengguna mencari produk peribadi berasaskan bahan semula jadi daripada membeli kosmetik mengandungi bahan kimia sintetik.

Justeru, pengeluar kosmetik pula melihat aliran permintaan ini seharusnya dipenuhi, lantas merumus bahan yang terbaik untuk kesan terbaik bagi kecantikan dan kesihatan.

Laporan menunjukkan, pada 2010, hampir 10 peratus produk baru di pasaran tertera perkataan `bebas paraben'. Pengguna turut memilih kosmetik bebas daripada bahan tambahan lain seperti alkohol atau bahan kimia.

Malah kandungan `tanpa alkohol' adalah pilihan tertinggi pengguna yang mementingkan kesihatan. Penghasilan produk kecantikan berasaskan organik banyak bergantung kepada kesedaran pengguna. Pengeluar akan menumpukan kepada pendekatan pemasaran menjurus kepada mendidik pengguna terhadap bahaya bahan tambahan tertentu dan manfaat memilih kosmetik berasaskan bahan semula jadi.

Pasaran serantau

Packaged Facts dalam laporannya menyebut, dalam tempoh lima tahun sehingga 2010, pasaran untuk produk penjagaan rambut, alat solek dan penjagaan tubuh berasaskan bahan semula jadi, mencatatkan perkembangan sehingga 60 peratus. Ketika itu, industri berkenaan bernilai hampir RM24 bilion dan dijangka mencecah ke paras RM33 bilion menjelang 2016.

Produk penjagaan peribadi berasaskan bahan semula jadi dan organik dibungkus sama dengan produk tradisional untuk menarik pengguna. Dalam jangka pendek, syarikat perlu memanfaatkan pelbagai saluran runcit untuk mengekalkan rangkaian pasaran. Penjualan digital, menerusi media dan memainkan peranan utama dalam pembangunan pasaran, pada masa depan.

Penyelidik pasaran, Freedonia meramalkan pengguna akan meningkatkan perbelanjaan terhadap produk kosmetik, mandian berasaskan bahan organik dan semula jadi sebanyak mungkin.

Syarikat pula ingin menarik perhatian pengguna dengan memaparkan unsur semula jadi seperti ekstrak botani, asid amino dan enzim dalam strategi pemasaran mereka.

Semakin ramai pengguna kini `berpaling' daripada membeli produk yang me ngandungi rumusan komoditi dan minyak petroleum sebaliknya lebih suka produk yang lembut seperti ekstrak botani.

Produk semula jadi dan organik di United Kingdom (UK), umpamanya menyaksikan peningkatan besar pasaran terhadap produk baru dilancarkan.

Banyak produk baru menyasarkan kumpulan pengguna tertentu merangkumi bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki dan wanita baru bergelar ibu.

Majoriti produk ini akan terus dijual menerusi premis makanan organik dan peruncit khusus walaupun penembusan runcitnya lebih tinggi di pasar raya, peruncit kecantikan, farmasi dan kedai serbaneka.

Didik pengguna

Pengeluar produk dandanan diri terus menumpukan perhatian untuk mengguna pakai standard bahan semula jadi dan organik sebagai kaedah pemasaran mereka sejajar menyediakan produk yang selamat, memenuhi piawaian dan mendidik masyarakat mengenai penggunaan bebas bahan kimia.

Syarikat pengeluaran kosmetik berasaskan bahan semula jadi dan organik mencatatkan Perancis menerajui pasaran di Eropah. Badan Pemantau Organik mendapati, jualan tahunannya terus mencatat lebih daripada 20 peratus pertumbuhan.

Peningkatan itu juga dapat dilihat menerusi penembusan runcit didorong oleh pengagihan melalui kilang minyak wangi, farmasi, parafarmasi, pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, salun dan spa.

Pasaran di Asia Barat juga mencatat jumlah memberangsangkan apabila produk mandian organik dan semula jadi menyaksikan pertumbuhan sebanyak 20 peratus.

Menurut penyelidikan daripada badan Pemantau Organik, Emiriah Arab Bersatu `menjuarai' penguasaan pasaran saham produk semula jadi dan organik sejak kebelakangan ini di wilayah terbabit.

Justeru, potensi yang hebat dapat disaksi secara meluas bagi pasaran produk asli dan organik pada ketika ini.

Pertumbuhan pasaran akan didorong oleh permintaan untuk produk kecantikan organik, hijau dan sekali gus semakin banyak ruang rak khusus untuk produk berkenaan bagi membantu memacu pertumbuhan pasaran ke tahap lebih tinggi.

Kebimbangan pengguna terhadap kesan bahaya daripada bahan sintetik dalam produk penjagaan peribadi merek termasuk parabens, garam aluminium dan phthalates, terus merangsang permintaan untuk produk semula jadi.

Piawaian dan persijilan standard akan membuktikan, pada tahun mendatang pengguna mencari penanda dipercayai dalam memilih produk kosmetik mereka.

Ketika Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat menerajui jualan, kadar pertumbuhan adalah lebih tinggi berbanding negara lain dan menunjukkan potensi pertumbuhan yang besar bagi industri dandanan diri.

Pengeluar terbaru pasaran ini termasuk Garnier, Henkel dan Amore Pasifik.

INFO

Panduan pengguna

- Banyak produk penjagaan kulit melabelkan produknya sebagai semula jadi. Pengguna harus tahu apakah ukuran kesahihannya.

- Pakar kulit menyatakan, bahan semula jadi dan organik boleh mengakibatkan alergi. Sesetengah pewangi semula jadi (benzyl alcohol, citral, citronellol, eugenol, geraniol, limonene and linalool) adalah penyebab alergi umum.

- Sesetengah minyak asas (bergamot, anggur dan lemon) akan meningkatkan risiko penjemuran dan pewarnaan pigmen. Pengguna disaran mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari selepas menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan ini.

- Majlis Pengguna Hong Kong ini, memberi panduan yang boleh membantu pengguna melakukan pilihan sekiranya ingin membeli produk kecantikan berasaskan organik.

Antaranya:

- Periksa sijil pada produk. Terdapat sistem pensijilan antarabangsa yang berlainan untuk produk kosmetik. Ia diukur berdasarkan peratusan organik semula jadi digunakan dalam produk.

- Baca senarai bahan dengan teliti. Senarai bahan kosmetik disusun dalam turutan predominan, iaitu bahan unggul disenarai dahulukan.

- Sesetengah produk mendakwa bebas bahan kimia seperti pewangi dan pewarna. Dakwaan seperti ini tidak boleh diambil kira sebagai pematuhan kepada standard organik.

- Pengguna dinasihati supaya berhati-hati semasa membeli dan menggunakan produk dilabelkan organik ataupun semula jadi. Pastikan label mematuhi standard ditetapkan


Info:BH/Feb 18, 2013/Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Kuat Merajuk

 

Adat bercinta, Ingin dipujuk, tapi ,merajuk tak tentu pasal, menyampah pula nak layan.

Kalau ditanya pada 100 remaja, mereka berpendapat merajuk ini perlu. Kononnya mergerat lagi hubungan dan konklusi kepada keserasian mereka.

Kalau si gadis merajuk, lagaknya nampak comel tapi ramai juga lelaki yang sensitif dan mudah nak merajuk. Pening juga kekasih mencari jalan untuk memujuk sebab ikut kata, lelaki lebih rumit untuk dipujuk.

Tapi tak semua pasangan boleh tahan dengan perangai pasangan 'merajuk' ini. Ada yang berpendapat seperti kebudak-budakkan dan tidak matang. Lebih-lebih lagi merajuk ini. Ada yang berpendapat seperti  kebudak-budakkan dan tidak matang. Lebih-lebih lagi merajuk sebab lambat menjawab telefon, lewat membalas SMS, keluar rumah tidak beritahu ataupun lebih kronik, nak tidur tak ucap selamat malam.

Bukan tidak ada pasangan berpisah kerana tak tahan dengan pasangan yang suka merajuk terutama kalau merajuk kena mengambil masa berhari-hari untuk dipujuk. Pendek kata, tidak kata tidak boleh tersasul sikit kalau bercakap, tahu nak merajuk saja. Naik muak jika dilayan.

Kajian yang dijalankan The Ultimate Self Esteem Test, beribu-ribu wanita wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang kronik. Cemburu punca tercetusnya perasaan merajuk.

Dalam satu blog, carian undian menunjukkan yang wanita lebih sinonim dengan perangai merajuk. Maklumlah fitrah kaum Hawa sentiasa inginkan perhatian. Tapi jangan tak tahu, kalau lelaki merajuk lagi teruk. 

Mengikut pemerhatian umum, bila seseorang lelaki merajuk khas buat gadis-gadis yang mungkin tidak perasan, ini tanda mereka mula terasa hati.

Mereka akan diam seribu bahasa, buat tak tahu, menolak makan, masam muka tidak seperti kebiasaan. Kerana ego, mereka tidak akan memberitahu yang mereka sebenarnya sedang merajuk.

Ada juga lelaki yang mengalih perasaan sakit hati atau merajuk dengan membaca surat khabar atau sebarang bacaan lain, menonton televisyen hingga lewat malam, keluar rumah tanpa beritahu dan paling klasik, matikan telefon bimbit!

Memang si gadis akan 'gila' apabila kekasihnya hilang tanpa khabar berita. Pastikan anda tidak terlepas daripada petanda mereka merajuk jika tidak mahu timbul pula perasaan sakit hati.

Apa sebabnya mereka merajuk? Rasanya tiga sebab utama pasangan merajuk, pertama adalah kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Kedua, mungkin tidak dapat apa yang diinginkan dan ketiga, orang lain lebih hebat darinya.

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dan mungkin ada disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan itu, dia perlukan anda di sampingnya tetapi dengan cara yang sangat berbeza.

Info: HM/25 Feb 2013

Saturday, February 23, 2013

facebook Glutaberries with Vit B17

Jom ke website di bawah untuk melihat info Glutaberries with Vit B17...


https://www.facebook.com/pages/Gluta-Berries-B-17/311559105621947

Hayat Usia


USIA lanjut realiti kehidupan yang tidak boleh dielak. Selagi jangka hayat individu belum terhenti nafas, mereka perlu terus menjalani kehidupan.

Dengan tahap penurunan kesuburan dan peningkatan jangka hayat, menjadikan warga tua semakin ramai di negara ini. Malaysia akan menjadi sebuah negara menua menjelang 2030.

Justeru, ia adalah satu cabaran kerana dalam tempoh 18 tahun akan datang, 15 peratus daripada populasi penduduk negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Jangkaan itu turut menjelaskan, Malaysia mencapai tahap negara menua hanya dalam tempoh 26 tahun iaitu lebih cepat jika dibandingkan dengan negara Eropah yang mengambil masa 100 tahun untuk mencapai tahap menua.

Persoalan utamanya ialah cabaran yang akan dihadapi warga tua. Oleh sebab penuaan adalah isu penting dan kompleks kerana ia merangkumi dimensi sosial, psikologi, demografi dan perubatan.

Proses semula jadi

Yang pasti, penuaan adalah proses semula jadi tidak boleh dielakkan, tetapi ia turut menjadikan ramai risau mengenai perubahan fizikal dan penyakit bakal dialami akibat penyusutan daya tahan tubuh.

Seiringan dengan penuaan, tubuh bakal mengalami penurunan kadar penghasilan hormon pertumbuhan atau sistem edokrin yang penting untuk mengawal keseimbangan tubuh dan metabolisma seseorang.

Pakar Perunding Endokrinologi, Prof Datuk Dr Khalid Abdul Kadir, menjelaskan tubuh akan mengalami penuaan secara semula jadi seiring peningkatan usia dan perkara itu sangat menarik walaupun tubuh mempunyai sistem agak rumit.

"Apabila usia meningkat, badan mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit. Ini kerana, mereka yang lebih berusia secara semula jadi menghasilkan glukos dikenali sebagai Advanced Glycosylation End (AGE products - AGEs) yang menyebabkan penimbunan tisu.

"Seiring usia, kelenjar pituitari semakin kurang mengeluarkan hormon dan kadar metabolisma tubuh juga menjadi perlahan. Tanda dan gejala penuaan semakin kelihatan," katanya ketika perbincangan kesihatan mengenai 'Penuaan dan Hormon: Bagaimana Melalui Penuaan Tetapi Kekal Menawan di Pusat Perubatan Tropicana, baru-baru ini.

Hormon tumbesaran

Dr Khalid berkata, hormon tumbesaran dihasilkan kelenjar pituitari (kelenjar endokrin utama) membolehkan pertumbuhan dan mengawal metabolisma.

Katanya, pelbagai jenis organ dalam badan yang mengeluarkan hormon dan satu organ mengeluarkan beberapa jenis hormon dan pembebasan hormon dikawal selia oleh kelenjar dalam otak depan dipanggil hipotalamus.

"Kadar perkembangan hormon dalam kalangan kanak-kanak amat pesat berbanding dewasa. Semakin meningkat usia, hormon dihasilkan semakin berbeza antara lelaki dengan wanita. Hormon itu juga mengalami penyusutan drastik ketika seseorang mencecah 25 tahun.

"Hipotalamus membebaskan satu jenis hormon bertindak merangsang organ lain dan membebaskan hormon yang berakhir dengan penghasilan satu bentuk tindak balas atau fungsi untuk tubuh," jelasnya.

Kesan penuaan

Proses penuaan turut menyebabkan wanita dan lelaki mula berhadapan dengan pelbagai masalah hingga boleh memudaratkan diri, keluarga dan komuniti.

Katanya, individu melalui penuaan akan terdedah kepada tanda membimbangkan termasuk peningkatan kadar kemurungan dan kematian, penyusutan memori, kekurangan daya seks, kekuatan otot menyusut,penyakit kardiovaskular dan osteoporosis.

Risiko penyakit

Katanya, lelaki lebih mudah berhadapan risiko masalah berkaitan jantung seperti strok, serangan jantungberbanding wanita dan anak muda kerana berlakunya age products menyebabkan proses pembaikan tisu berkurangan dan penghasilan hormon pertumbuhan semakin kurang.

"Paras gula tinggi dalam darah mempercepatkan pertambahan bahan AGEs dalam tubuh menyebabkan penimbunan tisu. Jadi, tidak hairan kebanyakan pesakit diabetes kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.

"Paras gula tinggi juga menyebabkan risiko penyakit seperti kanser, tekanan darah tinggi dan pelbagaipenyakit lain, ditambah faktor sekeliling, misalnya merokok dan bahan toksin daripada pencemaran," katanya.

Jangka hayat penduduk Malaysia

FAKTA

Kajian pada 2009

- Usia lelaki

- 72.6 tahun

- Usia Wanita

- 77.5 tahun

Kajian pada 1980

- Usia lelaki

- 63.5 tahun

- Usia wanita

- 67.1 tahun



Info; BH/21 FEB 2012/Fatin Hafizah Mohd Sahar

Thursday, February 21, 2013

Pap Smear


APAKAH PAP SMEAR ???
Pap Smear adalah ringkasan bagi Papanicolaou Smear.

Apakah kebaikan Pap Smear???
Pap Smear digunakan untuk menyaring (screen) penyakit kanser atau barah disalur bawah kemaluan wanita seperti
  1. kanser serviks
  2. kanser vagina
  3. kanser corpus

Siapakah yang patut menjalani Pap Smear???
  1. Semua pesakit yang mengidap sakit puan
  2. Ibu mengandung lebih dari 30 tahun umur
  3. Ibu lepas melahirkan anak

Bagaimana Pap smear dilakukan ???
  1. Sedikit spesimen akan diambil oleh doktor atau jururawat di bahagian bawah salur peranakan . Alat yang digunakan adalah seperti berus lukisan dan tidak menyakitkan.
  2. Spesimen akan diletakkan ke dalam larutan alkohol 90% setelah dikeringkan selama 10 saat
  3. Borang pemeriksaan akan diisi oleh doktor
  4. Pemeriksaan spesimen akan dibuat di pusat tertentu
  5. Jika ada keabnormalan , pesakit akan dihubungi

Apakah signifikan keputusan Pap Smear???
Keputusan Pap smear akan dibahagi pada 6 kelas :
 Kelas I : normal
Kelas II : tak normal tapi bukan kanser
Kelas III : Tidak pasti
Kelas IV : Kemungkinan kanser @barah 
Kelas V : Kanser@ barah
Kelas 0 : Keputusan tidak memuaskan tapi bukan kanser

Apakah langkah seterusnya ???
Kelas I-II : Rawat jika ada infeksi, ulang Pap smear 6 bulan lagi
Kelas III-V : Ulang Pap Smear, kemudian jalani Colposkop dan kemungkinan kemudian biopsi diambil

Dimana anda boleh mendapatkan pemeriksaan Pap Smear???
Pap smear boleh didapati dengan senang antara tempatnya :
  1. Klinik Kesihatan terdekat
  2. Klinik Desa
  3. Hospital Daerah
  4. Hospital Besar
  5. Bangunan Perancang Keluarga
  6. Klinik Ibu Mengandung dan Sakit Puan
 Info : http://afiat3000.tripod.com/papsmear.htm 
 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates