Assalamualaikum semua....
Ni hari ni nak cite kisah budu..
Budu atau sos ikan
bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia
merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan
di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada
ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh
syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam
pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau
dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air
perahan limau nipis.
Khasiat
Budu
yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat
perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun,
Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru
ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan
antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan
menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan
yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan
"kuno". Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan
dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya
penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit
kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian
mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria
penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah
penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah
dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein
yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam
terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit
diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu
sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat
badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta
menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ
kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak
dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan
neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan
pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala
flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air
(vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang
paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1
(thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin,
vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu
merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria
klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12
ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan
daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah
merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit
anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Budu dan mempelam.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di
antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu
hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan
badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal
diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan
vitamin B12 di dalam badan.
Selain
pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro
dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan
magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram
budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk
isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid,
isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh
untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas
merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron
yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga
menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal
bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari
reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu
akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis
ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein,
glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini,
terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon)
yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon
dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North
Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan
phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit
kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK)
merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat
penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang
disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia,
pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah
peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi,
obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang
mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti
kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan
kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan
budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar
kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang
berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary
fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di
antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30%
dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer
Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain,
serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan
ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang
dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau
jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin
yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan
kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang
agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gaut.
Sumber : http://mrsnorhobi.blogspot.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu