<Info: Majalah Nur>
Amalkan Baca Label Makanan
Apa yang perlu dilakukan:
1. Beri perhatian kepada perkataan Sorbital, Mannitol,Glycerol, Dextins, Maltose dan Laktose. Ini semua adalah pemanis. Jika ada kandungan ini elakkan daripada membeli.
2. Rancang diet harian
3. Makan memgikut masa tertentu
4. Ambil kuantiti karbohidrat yang sama seperti waktu malam anda ambil
5. Tukar diet anda. Ambil karbohidrat kompleks bagi menggantikan karbohidrat ringan. Dalam masa yang sama makanan itu tinggi serat, magnesium dan vitamin E.
6. Makan lebih sayuran hijau dan ulam makalan sayuran yang kaya dengan kanji dalam jumlah yang sederhana.
7. Lebihkan buah-buahan yang tinggi kandungan airnya daripada kanji dan elakkan buah-buahan kering.
Makanan yang perlu dielakkan

- Yang tinggi kandungan gula
- Coklat manis dan manisan
- Sapuan lepa seperti kaya dan jem
- kuih, kek, pastri, dan roti manis
- Makanan yang bersalut coklat seperti bijiran
- Susu pekat dan jus buah-buahan yang manis
- Makanan dan minuman yang mengandungi alkohol
Tip ketika makan di luar
- Minta minuman bebas gula
- Minta teh atau kopi kurang manis atau gantikan dengan susu cair
- Pilih kuih atau pastri pedah daripada yang manis
- Makan sos manis secara sederhana
- Minta sapuan roti yang sedikit dan sederhana
Rajin Bersenam. Kenapa Bersenam?
- Baik untuk mengawal gula dalam darah
- Memperbaiki perjalanan insulin
- Berkesan untuk mengurus dan mengekalkan berat badan
- Menguatkan jantung
- Meningkatkan tahap kecerdasan dan metabolisme badan
- Melegakan stres
Sentiasa Bergerak, Sentiasa Kreatif dan Aktif Setiap Hari
- Lakukan aktiviti secara sederhana paling kurang 30 minit dengan lima hingga enam kali seminggu
- Lakukan senaman kecergasan, ketahanan dan kemantapan dua hingga tiga kali seminggu
- Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sesuatu program senaman
- Periksa tahap glikos sebelum dan selepas senaman
- Ambil makanan ringan sebelum senaman dan bawa makanan itu (yang kandungan gulanya bertindak cepat) ketika senaman.
- Berhenti senaman sekiranya mengalami Ketidakselesaan
Bagaimanapun, semua cara diatas tidak berkesan tanpa perancangan yang baik. Sehubungan itu, cipta corak perancangan anda sendiri agar pelaksanaannya berkesan. Selain itu, ubah cara hidup anda dan pastikan ia berpanjangan serta kekalkan dengan diet dan senaman itu dan perhatikannya untuk mengawal diabetis tercapai.
'SELAMAT BERJAYA'
0 comments:
Post a Comment