Sunday, March 31, 2013

Banting


Banting akan dinaikkan di jalan-jalan laluan anda. Dapatkan Glutaberries B17 hari ini. Nikmati keistimewaan sebagai stokis dan dealer kami.

Ancaman Selulit pada Tubuh

ORGAN paling besar pada tubuh ialah kulit. Ia mudah tercedera dan mengalami kerosakan sekiranya tidak dijaga dengan baik. Berat badan yang tidak ideal tambah pula ia tidak dijaga dengan baik, kulit yang dulunya mulus mudah bertukar selulit.

Kajian mendapati, selulit menjejaskan 90 peratus wanita sementara dianggarkan satu daripada tiga wanita mengalami tanda keregangan kulit. Ia diakui Ketua Pegawai Latihan dan juga Pakar Nutrisi Marie France Bodyline, Malaysia, Alexis Ching.

Alexis berkata, selulit dan tanda keregangan kulit adalah masalah lazim golongan wanita kerana mereka hanya mengeluarkan hormon astrogen.

"Hormon memainkan peranan yang dominan dalam pembentukan selulit. Estrogen antara yang penting untuk memulakan dan memburukkan lagi selulit. Hormon lain, termasuk insulin, adrenalin dan noradrenalin catecholamines, hormon tiroid dan prolaktin juga dipercayai terbabit dalam pembangunan selulit.

"Selulit terbentuk akibat perubahan dalam metabolisme badan, fisiologi, diet tidak seimbang, pengubahan struktur tisu badan. Ia berlaku akibat faktor genetik, sistem peredaran mikro dan matriks extracellular," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Bagaimana muncul selulit

Selulit tampak ketara pada bahagian pinggul, paha dan punggung kerana bahagian itu mudah mengumpul lemak dan menahan air sekali gus terjadinya selulit terutama di bahagian perut dan dada.

Berlaku disebabkan sel lemak membesar yang menekan pada dinding kapilari dan menyebabkan penahanan air. Gumpalan sel lemak yang diikat bersama serat kolagen seterusnya menghalang peredaran darah sekali gus menyebabkan pembuangan limpa yang tidak lancar.

"Bagaimanapun, tanda keregangan kulit pula berlaku apabila kulit ditarik oleh pembesaran atau berlaku regangan yang mendadak. Walaupun kulit bersifat anjal, apabila ia terlampau diregang, penghasilan kolagen akan terganggu dan menghasilkan parut halus yang banyak.

Diet atau mengawal pengambilan makanan saja tidak dapat menghilangkan kedua-dua masalah berkenaan. Pengurangan garam dalam diet akan mengurangkan penahanan air dalam tubuh tetapi ia tidak bermakna akan membantu menghilangkan selulit," katanya.

Elak masalah kulit

Gabungkan pelan pengurusan berat badan yang efektif termasuk melakukan senaman.

"Untuk mendapatkan kesan terbaik ialah melakukan rawatan mengurut bagi meningkatkan pembuangan sisa dan mengurangkan selulit dalam tubuh. Tiada cara rawatan tradisional dikesan mampu menghilangkan selulit atau kesan rengangan kulit. Ada pelbagai krim dan losyen di pasaran boleh mengurangkan selulit dan tanda keregangan kulit," katanya

Rawatan terkini

Memandangkan ia begitu lazim berlaku pada wanita, peneraju dalam perkhidmatan kecantikan dan pelangsingan, Marie France Bodyline memperkenalkan rawatan Acoustic Radial Therapy (ART).

ART dicipta untuk membantu wanita menghilangkan kesan selulit.

Elexis berkata, rawatan ART ini menumpu kepada bahagian yang lebih luas pada satu-satu masa melalui gelombang radial. Katanya, rawatan tanpa pembedahan dengan kuasa sedutan itu menggunakan gelombang radial dan terapi vakum untuk pembakaran sel lemak yang cepat. ART dikesan dapat memulihkan keanjalan kulit dan mengurangkan selulit dengan menggunakan denyut irama bertenaga tinggi untuk menembusi jauh ke dalam kulit sehingga 35 milimeter.

"Rawatan canggih dengan tekanan positif dari gelombang radial itu adalah yang pertama menggabungkan teknologi vakum untuk menggunakan tekanan negatif melalui kuasa sedutan vakum dari alat radial. Kuasa sedutan itu meregang dan menghimpit tisu yang ditumpu untuk memecah struktur bersilang ruang sel lemak di bawah kulit.

Info:BH/7 JAN 2013/

Thursday, March 21, 2013

Khasiat buah-buahan sitrus

KEBANYAKAN buah-buahan sitrus seperti oren, limau bali, limau gedang dan limau mandarin dimakan segar. Jus oren dan limau gedang sangat popular dijadikan sebagai minuman ketika sarapan pagi manakala lemon atau limau nipis pula tidak dimakan begitu saja kerana kandungan asid sitrik yang tinggi.

Jus lemon dan limau nipis biasanya dimasukkan ke dalam minuman untuk mendapatkan rasa masam bagi memberi kesegaran kepada tubuh selepas meminumnya.

Selain itu, jusnya juga banyak digunakan sebagai ramuan dalam pelbagai hidangan seperti salad atau diperah ke atas ikan mentah untuk menyingkirkan bau hamis.

Sejak zaman purba hingga pertengahan, limau banyak digunakan terutamanya untuk tujuan perubatan, memerangi masalah mabuk laut dan penyakit usus.

Minyak pati pada lapisan kulit paling luarnya dianggap sebagai antibiotik. Namun, hari ini limau menjadi antara bahan penting untuk membuat minyak wangi.

Di Iran, kulit limau yang tebal digunakan untuk membuat jem, antara makanan yang turut dihasilkan di Pakistan selain jeruk.

Dalam masakan Cina, kulit oren sering digunakan sebagai hiasan sajian daging merah. Ini menjadikan ia turut menjadi bahan penting dalam perubatan Cina.

Di sebalik rasanya yang masam dan manis itu, buah-buahan sitrus juga mempunyai banyak kegunaan dalam perubatan seperti sapuan jus lemon dapat membantu melegakan sengatan lebah.

Selain itu, lemon yang mengandungi asid sitrik paling pekat daripada buah-buahan sitrus yang lain turut membantu mengurangkan kadar pembentukan batu karang dalam perut.

Menerusi kandungan vitamin C yang tinggi, ia membantu menghalang masalah skurvi iaitu penyakit yang disebabkan kekurangan nutrien berkenaan dalam badan.

Tanda awal masalah skurvi adalah keletihan. Jika dibiarkan tanpa dicegah ia boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak dan berdarah serta melambatkan penyembuhan luka.

Bukan hanya isi dalamannya saja yang berguna, malah kulit oren atau lemon juga kadang kala dijadikan sebagai pembersih muka.

Kulit limau yang dijadikan jeruk itu dikatakan dapat membantu memudahkan penghadaman dan kaya dengan lemak. Malah, ia dipercayai dapat membantu menurunkan tahap kolesterol.

Untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah yang mengganggu sistem metabolisme serta menghalang saluran kalsium, pengambilan jus limau gedang boleh diamalkan.

Sementara itu, kalsium dan vitamin D adalah nutrien diperlukan dalam menjaga kesihatan tulang. Jika kekurangan nutrisi berkenaan ditambah dengan faktor penuaan, ia boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh secara perlahan-lahan.

Walaupun susu menjadi pilihan dan sering diakui kelebihannya dalam menjaga kesihatan tulang, namun kajian terkini menunjukkan tulang dapat menyerap kalsium dan vitamin D yang terkandung di dalam jus oren sama seperti susu.

Jus oren bukan saja baik untuk tulang, tetapi ia juga kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Oren yang turut diperkaya karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa membantu melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan serta penyerapan khasiat makanan.

Baunya yang wangi itu turut memberi kelebihan dalam membantu mengembalikan semangat di samping melegakan tekanan menerusi minyak pati yang dihasilkan daripada limau oren.

Info: HM/4 MAC 2013/AUTHOR HAJAHFARHANA TARMUDI

Tuesday, March 19, 2013

Mingguan Wanita 15-21 Mac



Dapatkan majalah mingguan wanita keluaran 15-21 Mac 2013 untuk melihat stokis-stokis atau kedai-kedai yang menjual produk Glutaberries B17. Rasai lah dan kesan lah sendiri perubahan diri anda apabila mengamalkan Glutaberries B17 ini. SELAMAT MENCUBA kepada mereka yang berkira-kira untuk mendapatkannya. 


Darah Pesakit Sumber Sel Stem


MELIHAT sendiri proses rawatan suntikan Platelet Rich Plasma (PRP) menggunakan darah pesakit, ia seakan memberi dimensi baru dalam bidang kecantikan. Penulis yang baru kali pertama menyaksikannya agak teruja kerana proses ini menggunakan darah pesakit yang diproses bagi mengasingkan plasma darah. Malah ia berbeza berbanding rawatan menggunakan laser atau botox.

Di negara maju seperti Jepun dan Eropah, PRP digunakan dalam bidang perubatan seperti pembedahan jantung, ortopedik, urologi dan kini semakin meluas dalam perubatan sukan seperti merawat ligamen serta tendon terkoyak.

Namun seiring perkembangan teknologi, sekitar 1987, rawatan ini mula digunakan dalam bidang perubatan estetik di negara maju, tidak terkecuali di negara kita.

Menerusi kajian yang pernah dilakukan di Eropah, England, Asia (termasuk Jepun) dan Afrika Selatan, ia menunjukkan PRP berfungsi memulihkan keremajaan kulit, mengurangkan parut serta menghilangkan pigmentasi, garis dan lekuk pada wajah serta ulser diabetes membabitkan penggunaan plasma yang kaya platelet.

Ini kerana platelet ialah partikel kecil dalam darah yang mempunyai nilai estetik yang tinggi serta merangsang hormon tumbesaran. Hormon ini berfungsi merangsang penyembuhan, pembaharuan serta meningkatkan keupayaan sel sekali gus menambah keanjalan kulit.

Menurut pakar estetik dari Marissa Aesthetic & Wellness, Dr Rushmini Maris Ismail, dalam bidang kecantikan, darah pesakit digunakan sebagai sumber mendapatkan sel stem. Ini kerana darah lebih mudah diproses berbanding sumber daripada lemak atau sum-sum tulang.

"Darah terbina daripada sel hidup. Terdapat empat sel utama yang membina darah iaitu sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma darah. Setiap sel mempunyai fungsi tersendiri dan struktur yang amat penting untuk tubuh manusia.

"Sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh, manakala sel darah putih ialah sel hidup yang membantu melawan penyakit," katanya.

Menerusi rawatan PRP, darah diambil sebanyak 10cc dari lengan pesakit. Kemudian ia diletakkan di dalam tabung uji khas sebelum dimasukkan di dalam mesin selama 10 hingga 15 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah. Setelah menjalani beberapa tahap pemprosesan, serum yang mengandungi sel stem, platelet dan hormon dihasilkan.

"Menerusi proses ini, plasma iaitu cairan bening pada bahagian atas mengandungi banyak sel penyembuhan. Apabila bahan ini dimasukkan kembali ke bahagian tertentu ia akan membina sel baru.

"Suntikan ke bahagian wajah akan mula menyembuh dan memudakan kulit muka secara semula jadi. Kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang. Jika ia disuntik di kulit kepala, ia mampu membuatkan rambut lebih lebat dan sihat," katanya.

Rawatan ini selamat dilakukan kerana hanya sel stem manusia saja boleh digunakan untuk merawat dan memudakan sel manusia. Sel stem buah-buahan, contohnya sel stem epal atau durian tidak boleh bertukar atau merawat sel manusia.

"Rawatan ini tidak menggunakan bahan lain kecuali sel stem dari badan kita sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah alahan atau kes sampingan yang lain. Sel stem ialah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dirinya. Sel stem kulit mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit. Tubuh merangsang sel kulit untuk menghasilkan protein, karbohidrat dan lipid bagi mengurangkan garis halus dan kedutan di samping mengembalikan dan mengekalkan keanjalan kulit. Pembahagian sel stem kulit juga penting untuk penghasilan sel kulit yang sihat," ujarnya.

Satu lagi faktor penting adalah sel stem tidak boleh dibotolkan atau disimpan di bawah suhu biasa. Sel stem sama ada disimpan di makmal dengan persekitaran dan suhu tertentu atau diproses dan digunakan serta-merta oleh manusia.

Suntikan PRP memberi banyak manfaat kepada kulit wajah dan badan. Kesannya akan mula kelihatan selepas dua minggu melakukannya. Malah selepas sebulan, kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas kerana pada peringkat ini, kulit mula mengalami kesan penuaan. Hormon yang berkurangan turut memburukkan keadaan menyebabkan seseorang tampak tua dan kaedah PRP mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang.

Bagi mereka yang mempunyai parut terutama bekas jerawat pada muka, kaedah ini mampu mengurangkan kesan parut selepas tiga minggu. Selain itu, PRP boleh bertindak sebagai isian (filler) semula jadi yang berupaya mengisi ruang pada garis dan lekuk pada wajah.

"PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semula jadi. Filler bererti bahan atau matrik kulit yang mengisi wajah. Penuaan membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Garis ini akan membuatkan wajah tampak murung. Garisan di antara kening misalnya menjadikan kita tampak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu," katanya.

Bagi mereka yang mengalami masalah botak, PRP mampu mengatasi masalah keguguran rambut dengan merangsang pertumbuhan sel rambut sehingga tumbuh semula.

Bagi pesakit kencing manis pula, biasanya mereka mudah mendapat luka serta lambat sembuh. Ini kerana kurangnya faktor rangsangan sel endotelium. Oleh kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuh, kuman juga mudah menyerang. Suntikan PRP pula mampu merangsang penyembuhan luka sekali gus membantu pesakit diabetes.

"Bagi pesakit yang mempunyai masalah ketara, mereka dinasihatkan menjalani rawatan sebanyak enam bulan atau setahun sekali. Hasilnya akan bertahan selama setahun sehingga dua tahun setelah suntikan dihentikan. Bagi mereka yang baru kali pertama melakukannya, mereka akan merasa sedikit sakit dan kurang selesa manakala kulit akan menjadi sedikit sembap disebabkan bekas suntikan serta proses reaksi yang mengambil masa sehari atau dua hari," ujarnya yang menasihati pesakit supaya mendapatkan rawatan daripada pakar bertauliah.

Info: HM/4 OCT 2012/AUTHOR SITI ZARINAH SAHIB

Monday, March 18, 2013

Skin Transcript

To understand how we visibly age, it helps to understand the anatomy of the skin. Two features many people recognize are hair follicles and sweat glands. The outer or superficial layer of the skin is called the epidermis. Underneath that, shown here in brown, is the dermis. The epidermis contains elastin, which gives young skin elasticity and enables it to quickly recover its shape. The sweat glands, which contain and release moisture, are also important for youthful skin, as is the blood supply. But a lot of unprotected sun exposure even when you're young can dry out the skin. Surface cracks allow even more moisture to escape. And damaged skin produces less elastin, which contributes to wrinkle formation. Using the right kind of sun block or sunscreen can help to prevent further damage.
 
The sun gives off several kinds of rays, including UVA and UVB. Both can damage skin. The skin on the left is protected from both, but the skin on the right is not protected against UVAs, which continue to damage tissues. This prompts cells in the epidermis to release melanin, which darkens the skin. A lot of exposure results in sunburn, which causes the release of more melanin to protect the skin and leads to sun spots and freckles. Using the wrong kinds of soaps can also age skin by stripping away the acid mantle, a thin coating that helps protect the skin surface against environmental factors such as wind and pollutants. Cigarette smoke reduces levels of nitric oxide--a cellular gas that helps keep skin flexible--which promotes skin cracks and wrinkles. Many women use an exfoliating agent to debride or scrape off dead skin cells. Some agents become smaller or dissolve as they're used, which can help prevent overuse or damage while still leaving young, healthy material. Hydration is also important; ideally, the solution will penetrate the pores and keep them small while also plumping up the epidermis.
 
Info: Dr Oz

Coklat Rawat Kulit


Penggunaan coklat sebagai bahan kecantikan mungkin masih asing lagi dalam kalangan kita, namun terapikecantikan itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kulit bukan saja pada wajah malah seluruh badan.

Ini kerana coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kesan kerosakan berpunca daripada pendedahan kepada matahari atau elemen persekitaran yang lain.

Menyangkal mitos kononnya ia membuatkan kulit lebih mudah berjerawat, coklat sebaliknya dikelaskan sebagai makanan yang sihat kerana kandungan nilai antioksidan tinggi padanya.

Menariknya, coklat mempunyai bahan yang mampu melembutkan kulit memandangkan ia kaya dengan mentega koko yang selalunya turut diselitkan dalam losyen badan dan kosmetik yang ada di pasaran.

Kuasa melembap yang ada padanya dikatakan mampu mengurangkan garis halus dan menghalang radikal bebas merosakkan kandungan elastin, kolagen dan protein yang ada pada kulit.

Ia juga mampu membuang sel kulit mati dan membantu merangsang pertumbuhan sel baru. Apabila coklat yang sudah dicairkan disapu pada kulit dan dibiarkan seketika sebelum dicuci, ia membuatkan kulit terasa lembap, sekali gus sesuai dijadikan pelembap wajah yang berkesan.

Selain disapu, pemakanan berasaskan bahan daripada coklat juga mampu membantu menjaga kolagen dan melawan kerosakan akibat sinar matahari kerana ia kaya dengan zat baik iaitu flavanoid.

Penggunaan coklat sebagai rawatan kecantikan masih baru dan mula disedari masyarakat moden yang semakin peka terhadap bahan kecantikan dari alam semula jadi dan sedia mencuba sesuatu yang baru.

Melihat kepada faedahnya, tidak hairanlah apabila semakin banyak spa kecantikan menggunakan coklat sebagai antara bahan rawatan kulit yang popular.

Penggunaan coklat sebagai resipi kecantikan bagi mendapatkan kulit sihat dan gebu boleh dicuba sesiapa saja di rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Antaranya membuat sendiri lulur coklat bersama kelapa bagi membuang sel kulit mati. Ia boleh dihasilkan dengan cara memanaskan gula dalam minyak kelapa kemudian masukkan serbuk koko ketika ia masih panas. Masukkan juga serbuk oat supaya ia mempunyai tekstur kasar yang boleh digunakan sebagai lulur.

Semua bahan yang sudah sejuk itu kemudiannya digosok pada kulit dengan gerakan membulat untuk membersihkan tubuh daripada daki dan sel kulit mati.

Bagi penyediaan pupur wajah pula, coklat boleh digabungkan bersama teh hijau kerana kedua-duanya mempunyai antioksidan tinggi yang baik untuk kulit.

Ia boleh dihasilkan dengan cara mencampurkan koko, madu dan susu krim sehingga sebati dan sapukan pada kulit. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Gabungan koko, madu dan minyak badam yang digaul sehingga pekat serta disapu pada kulit wajah dan badan mampu membantu menjadikan kulit lebih lembut serta berseriseri.

Gel mandian coklat juga boleh dihasilkan sendiri dengan cara mendidih gelatin kosong bersama syampu badan sehingga keduaduanya sebati sebelum serbuk koko atau minyak koko ditambah ke dalam bahan tadi. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama empat jam sebelum digunakan.


Info:HM/14 MAC 2013/FAIZATUL FARLIN FAIRUSH KHAN

Tuesday, March 12, 2013

Tip Penjagaan Kulit


USIA tua bakal dirasai oleh semua, namun ramai orang masih risau akan perubahan yang berlaku apabila masing-masing meningkat usia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk kekal kelihatan muda! Berikut adalah beberapa cara untuk tampil muda tanpa perlu berbelanja besar, membazir masa mahupun melakukan pembedahan!


* Pilih Pembersih Muka Dengan Kesan Yang Lembut

Kulit yang mengalamai penuaan tidak memerlukan produk seperti yang digunakan oleh para remaja. Kebiasaannya kulit pada usia meningkat tiada lebihan minyak. Jika pembersih muka anda terlampau agresif, ia akan menghakis minyak semulajadi kulit anda, sekaligus mengering dan menyebabkannya mengalami penuaan dengan lebih cepat. Pilihlah produk yang sesuai dengan kumpulan usia anda, atau yang memberi keterangan mengenai kelembutannya dan sifatnya yang melembap. Pembasuhan muka masih penting apabila usia meningkat kerana ia menyingkirkan kesan bahan kimia dari kawasan persekitaran atau solekan yang boleh menyebabkan penuaan jika dibiar begitu sahaja.

* Melembap Selepas Membersih

Salah satu punca utama penuaan segera dan pramatang adalah kekurangan pelembap di dalam rutin harian. Pelembap adalah produk utama di dalam rutin harian dan ia patut digunakan mengikut kesesuaian kulit, mengikut gaya hidup dan umur.

Peningkatan kelembapan adalah sesuatu yang penting agar kesihatan kulit terjaga. Ini adalah kerana kulit kering lebih terdedah kepada kesan-kesan penuaan. Pelembap mempunyai tiga fungsi utama:

- Memberi perlindungan

- Memberi kelembapan

- Menyedia asas solekan

Pilih pelembap anti-penuaan yang tinggi kandungan ramuan aktifnya. Jika masih ragu-ragu, baca ulasan atau penyelidikan saintifik mengenai produk tersebut. Pastikan ianya mempunyai kadar kelembapan yang lebih tinggi berbanding produk yang anda gunakan sewaktu anda masih muda. Pelembap haruslah menjadi rutin harian bagi muka yang telah dibersihkan dan ingat, pelembap muka bukan hanya untuk wanita, tetapi terdapat juga banyak produk di pasaran yang disasarkan untuk golongan lelaki.

Penggunaan pelembap adalah amat mudah, sapukan sehingga krim meresap ke dalam kulit dan ia tidak meninggalkan kesan melekit.

* Memilih Pelembap Yang Sesuai

Pemilihan pelembap yang sesuai hanya boleh diketahui selepas bertemu dengan perunding gaya hidup. Melalui pakar perunding ini anda akan diberi nasihat untuk membeli krim pelembap yang sesuai dengan kulit muka anda. Perkara yang memberi motivasi dan inspirasi kepada pengguna adalah apabila melihat kulit bertindakbalas setiap hari terhadap penggunaan pelembap yang sesuai.

Menggunakan pelembap yang salah adalah tidak baik untuk kulit, ia tidak akan menerima perlindungan yang betul dan boleh membawa kepada tompok, jerawat, penuaan pramatang dan dehidrasi.


Info: BH/12 MAC 2013

Thursday, March 7, 2013

Testimoni Glutaberries B17





Dapatkan Mingguan wanita untuk melihat testimoni produk Glutaberries with Vit B17 keluaran 8hb dan dapatkan produk tersebut di kedai-kedai berhampiran dengan anda seperti yang terdapat di dalam majalah tersebut.

Tuesday, March 5, 2013

Respons kepada Pemakanan Glutaberries with Vit B17

Tindakbalas merupakan pencetus proses penyembuhan

Tindakbalas kemungkinan akan berlaku jikalau pengambilan Glutathione-B17 diambil secara konsisten.

Reaksi dan sebab-sebab kepada pengguna:
  1. Demam ringan atau badan terasa panas
  • Peningkatan peredaran darah menyebabkab metabolisme badan meningkat dan hawa tubuh dilepaskan mengakibatkan suhu badan meningkat.
    2.  Demam, gelisah, susah tidur
  • Pembakaran lemak yang berlebihan ditukar ke dalam bentuk tenaga.
    3.  Bahan buangan berwarna hujau kehitaman
  • Proses detoksifikasi yang dilakukan oleh Glutathione.
    4.  Sering buang angin, dada terasa sedikit nyeri
  • Sistem pencernaan yang lemah
    5.  Mengantuk, Badan terasa lemah
  • Darah sedikit beracun, fungsi hati yang terganggu, terlalu letih dan terlalu banyak mengambil ubatan danb bahan kimia
    6.  Pening, lemah dan selalu lapar
  • Mereka yang menghadapi hipoglikemia (adalah sautu keadaan dimana kadar gula dalam darah (Glukosa) secara abnormal, rendah atau anemia). Lemak akan dibakar dan kadar gula dalam darah menurun.
    7.  Cirit birit, kekerapan membuang air besar dan gangguan pencernaan
  • Glutathione membantu dalam proses detoksifikasi
    8.  Sembelit, buang air besar mengeluarkan darah
  • Buasir, kurang serat, air dan mineral
    9.  Haid atau menstruasi yang tidak teratur
  • Ketidakseimbangan hormon dalam badan
    10.  Jerawat, bintik-bintik merah atau berpeluh
  • Jantung lemah, terdapat toksin yang berlebihan di dalam badan
    11.  Hidung berair, asma dan batuk-batuk
  • Perokok, fungsi respirasi (penafasan) yang lemah
    12.  Bengkak pada wajah, kaki dan berat badan naik
  • Fungsi ginjal dan hati yang lemah
    13.  Tangan dan kaki terasa kaku
  • Peredaran darah yang lemah dan kekurangan kalsium
    14.  Inflamasi (pembengkakan) rasa sakit pada luka lama lebih terasa
  • peredaran darah sedang meningkat untuk memperbaiki tisu / luka.

Membina Imej secara Online

Membina Imej secara Online

Pernahkah anda terfikir bagaimana reputasi diri anda digambarkan secara online? Bukan hanya sekadar di minda keluarga atau rakan-rakan, tetapi yang pentingnya, apakah yang difikirkan oleh bakal teman hidup anda?

Majikan sekarang tak sama dengan majikan dulu. Pada sautu masa dahulu, kita selalu menghantar resume untuk memohon kerja. Tetapi sekarang majikan akan lebih cenderung untuk mengetahui karakter bakal pekerja mereka melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Dalam abad ke-21 ini, imej dan jenama profesional secara online adalah amat penting. Dengan itu amat mustahak bagi para individu untuk mengawal identiti profesional mereka secara online.

Pentingnya profil online

Cuba cari nama anda dalam enjin carian Google. Sekiranya anda mempunyai akaun Linkedln, maka besar kemungkinan profil Linkedln anda akan muncul di tangga teratas hasil carian. Pengoptimuman cariannya menjadikan Linkedln satu-satunya laman yang memudahkan seseorang menemui anda serta latar belakang profesional anda.

Dengan itu, pilihlah dengan bijak, laman rangkaian sosial yang dapat memberikan anda keupayaan untuk mengawal jenama profesional. Ini akan menjadi titik permulaan bagi anda menonjolkan kemahiran dan bakat anda. Laman rangkaian sosial yang popular akan membolehkan individu dan peluang pekerjaan yang betul menemui anda.

Bina profil online

Berikut adalah tiga langkah tentang bagaimana anda dapat menyediakan asas yang betul dalam membina profil profesional secara online anda:

  • Langkah 1: Sedari akan kewujudan anda secara online

Mulakan dengan mencari diri anda menerusi Google. Besar kemungkinannya, inilah yang akan dilakukan oleh bakal pasangan anda, majikan anda, pelabur, bakal rakan kongsi perniagaan dan pelanggan anda.

Lihat apakah maklumat yang anda perolehi tentang diri anda, adan singkirkan sebarang status terkini yang boleh dipersoalkan. Contohnya: "Saya benci pekerjaan dan bos saya!", atau "Pelanggan saya yang amat bodoh!" atau tertera sebelah status anda adalah perkataan, 'Tidak pasti mana nak pilih'.

  • Langkah 2: Bina identiti profesional
Laman Linkedln, adalah laman sosial yang merangkumi ahli-ahli profesional. Laman tersebut merupakan titik permulaan yang baik untuk meningkatkan penonjolan profesionalisme anda secara online. Dari sini, anda boleh mengembangkan rangkaian kenalan anda serta melibatkan diri dengan individu yang berfikiran serupa dengan anda. Anggaplah profil anda sebagai satu cara untuk mempromosikan "Jenama Diri".

Berikut adalah di antara beberapa cara untuk membina profil yang baik bagi menonjolkan tahap profesionalisme anda:
  1. Letakkan gambar - Pilih gambar yang profesional atau yang sedap mata memandang. Gambar anda harus menonjolkan perwatakan yang bersemangat dan gembira.
  2. Letakkan jawatan anda  terdahulu - Besar kemungkinan profil anda dilihat adalah 12 kali ganda lebih tinggi sekiranya anda menyenaraikan jawatan yang pernah disandang.
  3. Bina rangkaian kenalan anda - Kalau kita lihat pergaulan seseorang, maka kita dapat memahami lagi secara mendalam mengenai karakter individu tersebut. Kenalan kita juga melambangkan kualiti jenama diri kita.
  4. Serlahkan diri anda - Ini adalah peluang keemasan anda untuk memaparkan keupayaan serta kecenderungan anda. Dengan itu, kalau anda ada bakat yang unik, maka ia boleh memperkukuhkan lagi profil anda.
  • Langkah 3: Libatkan diri sepenuhnya dalam rangkaian laman sosial
Rujukan mulut ke mulut


Ingat tak, pada sautu masa dahulu, rakan anda mungkin pernah meminta anda menuliskan testimonial di dinding profil Friendster. Sama juga denga Linkedln, di mana anda boleh meminta kenalan anda untuk menuliskan saranannya pada dinding profil Linkedln anda.

Saranan adalah rujukan mulut ke mulut daripada profesional lain yang boleh tersebar secara viral dan meningkatkan kredibiliti tahap profesionalisme anda.

Forum Linkedln

Satu lagi perkara yang anda boleh lakukan ialah bertanya dan menjawab soalan di jawapan Linkedln. Soalan bijak dan jawapan yang bernas membina kredibiliti anda dan soalan serta jawapan yang cemerlang akan menarik minat pengguna lain untuk melihat profil anda. Jawablah soalan yang berkaitan dengan bidang anda bagi memperkukuhkan kepakaran serta meningkatkan tahap penampilan diri. Antara salah satu objektif penting adalah membina nama anda dengan bakal majikan yang mungkin terlibat dalam hubungan Linkedln anda.

Facebook "Like" Butang

Gunakan  facebook untuk memupuk perhubungan dengan individu ataupun dengan organisasi berkenaan. Gunakan butang 'Like' dan ikutilah syarikat-syarikat yang anda minati. Selepas anda telah menghubungi mereka, anda perlulah sentiasa mengikuti perkembangan syarikat tersebut. Kadang-kala peluang keemasan akan menonjol tanpa anda sedari.

Akhir sekali, ingatlah tidak kira apa rangkaian laman sosial yang anda guna, pastikan tiada ejaan yang salah bila anda pos atau berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan sekalian. Ini akan memberi tanggapan yang anda adalah orang yang tidak teliti dengan kerja masing-masing. Anda perlu membentuk imej dan jenama diri yang menarik dan profesional, tidak kira online atau offline.

Info: MW/22-28 Feb 2013/Wendy Lee Ming Li (Presiden Malaysian Association of brand & Image Consultants-MABIC)/Ketua Pegawai Eksekutif Brandimage International Institute

Monday, March 4, 2013

Petualang isu Lahad Datu perlu dihukum


Sepi seketika Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis apabila Datuk Seri Najib Razak mengusulkan supaya lebih 3,000 belia yang hadir untuk bersama beliau menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada wira negara yang terkorban dalam kejadian di Sabah.


Perdana Menteri mahu menyampaikan mesej kepada generasi muda negara supaya menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara bagi menjamin rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.

Menceritakan rasa sedih dan sebak apabila berhadapan dengan keluarga anggota yang terkorban, pemimpin nombor satu negara itu nyata tersentuh dengan peristiwa hitam itu apabila beliau tidak lupa menyentuh insiden di Lahad Datu dan Semporna dalam ucapannya pada tiga majlis yang dihadirinya di sekitar Indera Kayangan.

Keluarga dalam keadaan sedih

"Walaupun Sabah jauh dari Perlis, kebetulan isteri Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, perwira kita yang terkorban di Lahat Datu berasal dari Kangar dan saya pasti tentu keluarga itu masih dalam keadaan sedih yang teramat sangat.

"Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang terkorban, semoga ditempatkan dalam kalangan syuhada," katanya ketika pada program Himpunan Sukarelawan Muda 1Malaysia (IM4U).

Nor Aziah Nor adalah anak kepada pengusaha gerai roti canai di Taman Era, antara lokasi sarapan yang menjadi pilihan ramai di Kangar.

Dekatnya insiden di Sabah itu pada diri Perdana Menteri makin jelas apabila seterusnya beliau ke Masjid Al Mustaqim untuk menunaikan solat dan seterusnya mengaminkan doa yang disampaikan imam masjid itu untuk memastikan keselamatan anggota keselamatan negara terpelihara.

Tuduhan pembangkang mengarut

Marahnya beliau tidak dapat dibendung tatkala menyingkap sikap buruk pembangkang yang membuat tuduhan melulu kononnya pertumpahan darah yang setakat ini mengorbankan lapan nyawa wira negara itu satu konspirasi dan perancangan rapi UMNO.

Sebelum ini pembangkang pernah menggarap cerita dongeng umpama mainan politik berhubung isu hampir sama ketika insiden Memali di Kedah dan tragedi Sauk di Perak apabila ia turut mengorbankan nyawa.

"Ada pembangkang yang sanggup hina mereka yang terkorban itu kononnya ia mainan sandiwara UMNO untuk takutkan rakyat Sabah dan Malaysia.

"Kita tak buat demikian, cuma manusia yang tak ada isi perut dan nilai kemanusiaan sanggup lakukan perbuatan keji dan manusia itu juga keji," katanya.

Kekesalannya itu mendorong ucapan yang mahukan rakyat menentang habis-habisan pendustaan dan pembohongan besar pembangkang kerana seolah-olah memandang remeh berhubung isu keselamatan rakyat dan negara ini.

Pembangkang didakwa dalang

Tentunya ia bertitik tolak daripada tersebarnya dakwaan dalam pelbagai media sosial asing seperti portal berita Filipina, Inquirer News yang mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

Inquirer News yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah daripada Malaysia.

Selain itu, Reuters dipetik mengeluarkan kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang berkata penceroboh berkenaan hadir atas jemputan pembangkang.

Sebab itu jugalah Perdana Menteri mempersoalkan kenapa sekarang berlaku pencerobohan itu. Akal yang rasional tentunya akan mengaitkannya dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, tetapi apakah huru-hara itu boleh memberi manfaat negara ini.

Apa gunanya nyanyian lagu Negaraku, kibaran Jalur Gemilang dan laungan 1Malaysia jika dalam diri rakyat tetapi gagal menerapkan nilai murni setiap seorang rakyat. Niat murni untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa menerusi 1Malaysia seharusnya mendapat sokongan semua walaupun realitinya sukar untuk pembangkang menerima sesuatu yang diusahakan kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun, dalam menghadapi situasi sebegini, elok jika diketepikan fahaman politik kerana yang paling utama adalah keselamatan rakyat termasuk anggota pasukan keselamatan dan juga keamanan negara ini.

Wajar bagi semua untuk memainkan peranan bagi mengekalkan status Malaysia yang masih kukuh mempertahankan sistem demokrasi berperlembagaan, mendaulatkan institusi diraja dan patuh kepada undang-undang yang sewajarnya menjadi tonggak utama untuk mengorak langkah negara maju tujuh tahun dari sekarang.

Info: BH/5 Mac 2013/Fatimah Ahmad

Sunday, March 3, 2013

Taj Mahal Lambang Cinta Shah Jehan


Sebenarnya ia hanya sebuah monumen. Dibangun selama 22 tahun oleh Shah Jehan sebagai musoleum untuk mengenang istri tercintanya Mumtaz ul Zamani yang lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal. Sebuah arsitektur atas nama cinta yang menjadi satu bangunan terindah di dunia.
Seusai dengan maksudnya, bangunan itu pun disebut sebagai Taj Mahal. Letaknya di Agra, India kawasan Uttar Paradesh. Persis di tepian Sungai Yamuna. Pembangunannya melibatkan 20.000 pekerja, arsitek paling ahli, seniman ahli kerajinan tangan, sejumlah ahli kaligrafi, pemahat, ahli batu dari seantero India, Persia, dan Turki. Dibangun dengan presisi, emosi, seni arsitektur mengagumkan.
Bangunan itu berawal dari sebuah janji. Berpangkal dari tahun 1631, saat Mumtaz Mahal terbaring sekarat di sisi suaminya Shah Jehan, setelah melahirkan anak ke-14 bagi sang raja. Perempuan itu menagih empat janji dari sang raja. Pertama memohon dibangunya sebuah Taj, kedua memintanya tidak kawin lagi, ketiga menuntut perlakuan baik suaminya pada anak-anak mereka, dan terakhir memintanya untuk mengunjungi makamnya secara teratur. Tak lama kemudian Mumtaz mahal pun meninggal.
Shah Jehan sangat terpukul dengan kematian istrinya, namun ia segera mewujudkan janji bagi sang istri tercinta. Maka ia memerintahkan pembangunan sebuah Taj pada 1631. Selama 2 tahun Shah Jehan mengurung diri dan berkabung. Lantas pada 1633, ia akhirnya menekankan pembangunan sebuah makam bagi istrinya di dalam bangunan yang sedang dikerjakan itu.
Lambang Cinta
Mengapa disebut lambang cinta? Mari kita mundur ke tahun yang lebih awal. Shah Jehan, awalnya bernama Khurrum Shihab-ud-din Muhammad, merupakan pangeran dari Dinasti Mughal. Ia lahir dari 1592 di Lahore, dan menjadi putra ketiga yang paling disayang kaisar Jahangir. Ia diplot sang kaisar untuk menggantikannya kelak, dan ia pun dididik secara khusus termasuk dalam bidang budaya, pengetahuan, dan seni beladiri serta kemiliteran.
Di usia 16 tahun ia mengejutkan ayahnya dengan desain markasnya di dalam benteng Kabul dan mendesain ulang benteng Agra, setelah diberi wewenang oleh sang ayah untuk memimpin sejumlah pasukan. Ia kemudian menikah dengan Akbarabadi Mahal menyusul istri kedua Kandahari Mahal. Tetapi cinta sejati justru berkembang saat ia jatuh hati pada gadis belia 14 tahun Arjumand Banu Begum, cucu bangsawan Persia.
Ia terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum diizinkan menikahi gadis menawan itu pada 1612. Dan seusai pesta pernikahan yang megah itu, istri ketiganya itu diberi julukan Mumtaz Mahal Begum. Mumtaz Mahal justru menjadi istri yang paling disayang dan dimanjakannya. Begitupun sang istri ini selalu menemaninya dalam setiap penugasan ke luar daerah. Setia menemani di dalam istana, maupun di tenda-tenda dalam perjalanan sang pangeran. Cinta kedua anak manusia ini memang sangat romantis, intim, dan harmonis.
Dalam misi tempur dari sang ayah, pada 1617, Khurram berkat dampingan Mumtaz, berhasil menaklukkan Lodi di Decan, serta mengamankan wilayah perbatasan selatan kerjaan dinasti Mughal. Untuk itu ia dianugerahi gelar “Shah Jehan Bahadur” oleh sang ayah. Gelar yang memastikannya akan menduduki tahta dinasti kelima Mughal.
Sejak Shah Jehan masih menjadi pangeran dan panglima perang, Mumtaz Mahal memang selalu mendampinginya dalam keadaan senang maupun susah, suka dan duka. Kisah cinta mereka tersiar di kalangan prajurit dan rakyat. Sampai akhirnya ketika menggantikan posisi ayahnya sebagai raja, Mumtaz Mahal selalu setia pada Shah Jehan.
Semua kisah cinta itu tak terlupakan oleh Shah Jehan sampai akhir hayatnya. Ketika ang istri meninggal, ia pun merasa amat terpukul. Namun semua kenangan akan cinta sejatinya dituangkan dalam pembangunan Taj Mahal. Selama 22 tahun (sejak 1631) sampai 1653, keseluruhan Taj Mahal rampung dibangun.
Bangunan setinggi hampir 60 meter itu dibuat dengan basis batu marmer dan beberapa bagiannya diberi ukiran, hiasan, dan lapisan emas, perak, dan berlian. Semua mata takjub dan berdecak kagum. Melihat Taj Mahal, semua orang yakin bahwa tak ada bangunan lain yang mampu menandingi keindahannya. Benar-benar wujud cinta yang paling dalam. Hingga ajalnya di tahun 1666, Shah Jehan pun dimakamkan di samping makam istrinya di dalam Taj Mahal. Menjadi lambang cinta sejati, hingga hari ini…

Bahan binaan

Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.
Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek dipancung

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.
Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Mahal seorang yang ‘sentimental’ dan tidak ada bukti kezalimannya.

Kontroversi

Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.
Penulis P.N Oak ini juga mendakwa Kaabah di Mekah adalah jelmaan dewa Shiva. Beliau turut mendakwa makam Humayun, Akbar, Vatican, Kaabah , Stonehenge adalah kuil atau istana Hindu. Semua ini timbul berikutan sentimen anti-Islam di India. Ini berikutan dari kejayaan mereka merobohkan Masjid Babri .
Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad . Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masehi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah ‘Tejo-Mahalaya’ iaitu nama lain bagi dewa Shiva.
Taj Mahal dalam Mitos
Taj Mahal memang mengandung nuansa berbeda. Banyak kontroversi yang melambung dari sana. Mungkin karena aura dan keindahan bangunan tersebut memang mampu memengaruhi emosi pengunjungnya.
Jean-Baptiste Travernier mungkin menjadi “turis” Eropa pertama yang mengunjungi Taj Mahal. Dari kunjungannya tahun 1665, ia menuliskan bahwa kemungkinan Shah Jehan berencana membangun Taj Mahal dengan marmer hitam. Namun Shah Jehan mungkin sudah digantikan anaknya Aurungzeb sebelum Taj Mahal dibangun. Sehingga akhirnyadibuat dengan marmer putih.
Sisa-sisa marmer hitam masih terlihat di seberang sungai di Moonlight Garden, Mahtab Bagh, yang tampaknya mendukung versi legenda ini. Namun hasil penelitian dan penggalian di sana pada 1990 menemukan bahwa marmer itu adalah marmer putih yang berubah warna menjadi hitam. Teori tersebut juga sudah diuji coba pada 2006 di lokasi tersebut dan membuktikan bahwa marmer yang digunakan adalah memang marmer putih dan bukan hitam.
Masih banyak lagi mitos dan kontroversi soal Taj Mahal. Termasuk keraguan apakah Taj Mahal memang dibangun khusus untuk mengenang kisah cinta Shah Jehan bagi sitrinya Mumtaz Mahal, atau lebih daripada itu yaitu merupakan refleksi cinta yang lebih murni dalam konsep spiritual ilahi. Atau sekadar propaganda dinasti Mughal untuk menunjukkan kajayaan mereka semata? Belum ada yang bisa memastikan.
Bangunan yang mengusung konsep simetris itu merupakan satu pertanyaan lain. Lalu penataan kolam dan refleksi langsung Taj Mahal di atas air menjadi bahan perdebatan lainnya.
Seribu satu pertanyaan masih mengantung di seputar Taj Mahal…
Keindahan Mengagumkan yang Misterius
Taj Mahal mewakili arsitektur mewah yang terbaik dari dinasti Mughal. Aslinya mencerminkan perpaduan budaya dan sejarah kekasiran Islam Mughal yang pernah menguasai India. Walau bentuknya mirip tampilan fisik bangunan masjid, namun sesungguhnya ia merupakan sebuah makam penghormatan.
Taj Mahal Mudah dikenali dari ciri kubah putih marmer, tatanan kompleksnya dan areal taman di lahan seluas 22,44 hektar. Termasuk aea makam tambahan, infrastruktur pengairan, kota kecil Taj Ganji dan taman bulan purnama di utara sungai.
Dalam catatan sejarah Taj mahal masih diliputi kabut misteri. Masih tidak diketahui secara pasti latar belakang berdirinya kompleks Taj Mahal, walau diyakini sebagai persembahan cinta Shah Jehan terhadap istrinya Mumtaz Mahal.
Begitu juga dengan arsitek utama yang merancang bangunan tersebut. Ada yang menduganya adalah arsitek India, Persia, bahkan Italia. Yang pasti bahwa pembangunannya melibatkan kolaborasi sejumlah seniman, ahli, dan perajin dari berbagai daerah.
Namun sejumlah penelitian merujuk bahwa sang arsitek utama yang misterius itu kemungkinan besar adalah seorang Italia. Seseorang yang bernama Geronimo Veroneo. Dugaan muncul berdasarkan pernyataan Father Manrique, seorang Augustinian Friar, yang berkunjung ke Agra pada 1640 dalam upaya menjemput Father Antony yang akan dibebaskan dinasti Mughal dari penjara.
Namun kesaksian ini justru sangat ditentang oleh banyak orang yang meragukan ada seniman besar Italia di abad ke 17 yang berada di India. Namun sejumlah makam Kristen Padres Santos di Agra memang menjadi satu bukti bahwa orang Eropa sudah berada di Agra saat pembangunan Taj Mahal dan masa sesudahnya.
Satu kemewahan lain dari Taj Mahal adalah pengguaan materialnya yang didatangkan dari seluruh India dan Asia. Dindingnya dibentuk dengan potongan batu marmer dan batu pasir dalam teknik konstruksi pengunci besi. Seribuan gajah digunakan sebagai pengangkut material itu.
Untuk memenuhi kebutuhan batu pasirnya, didatangkan dari tambang di dekat Fatehour Sikri, lalu marmer putihnya dari Raja Jai Singh di Makrana, Rajasthan. Permata jasper berasal dari Punjab, permata jade dan kristal dari Tiongkok. Permata pirus dari Tibet, batu lapis Lazuli dari Afghanistan, batu safir dari Srilanka dan carnelian dari Arabia. Setidaknya ada 28 jenis batu permata yang digunakan sebagai penghias Taj Mahal.
Semua informasi detail mengenai pembangunan Taj Mahal memang masih terselubung. Entah mengapa bangunan yang belakangan ini tetap menjadi satu dari tuiuh keajaiban dunia modern (yang baru) itu, masih menyimpan rahasia besar. Namun nilai seni, sejarah, budaya dan filosofinya yang memang sarat akan tafsir, tetap menjadi satu warisan perdaban manusia. Sejak 1983, Taj Mahal sudah menjadi salah satu Situs Warisan Dunia yang ditetapkan UNESCO.
Ia menjadi daya tarik wisata di India, khususnya wilayah Uttar Paradesh…(Berbagai sumber)
Sultan Shah Jehan Melambang Taj Mahal seperti dalam rangkap di bawah
Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

Info: khairilz.net/2010/fakta-menarik/taj-mahal-lambang-cinta-shah-jehan 
 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates