Sunday, March 31, 2013

Ancaman Selulit pada Tubuh

ORGAN paling besar pada tubuh ialah kulit. Ia mudah tercedera dan mengalami kerosakan sekiranya tidak dijaga dengan baik. Berat badan yang tidak ideal tambah pula ia tidak dijaga dengan baik, kulit yang dulunya mulus mudah bertukar selulit.

Kajian mendapati, selulit menjejaskan 90 peratus wanita sementara dianggarkan satu daripada tiga wanita mengalami tanda keregangan kulit. Ia diakui Ketua Pegawai Latihan dan juga Pakar Nutrisi Marie France Bodyline, Malaysia, Alexis Ching.

Alexis berkata, selulit dan tanda keregangan kulit adalah masalah lazim golongan wanita kerana mereka hanya mengeluarkan hormon astrogen.

"Hormon memainkan peranan yang dominan dalam pembentukan selulit. Estrogen antara yang penting untuk memulakan dan memburukkan lagi selulit. Hormon lain, termasuk insulin, adrenalin dan noradrenalin catecholamines, hormon tiroid dan prolaktin juga dipercayai terbabit dalam pembangunan selulit.

"Selulit terbentuk akibat perubahan dalam metabolisme badan, fisiologi, diet tidak seimbang, pengubahan struktur tisu badan. Ia berlaku akibat faktor genetik, sistem peredaran mikro dan matriks extracellular," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Bagaimana muncul selulit

Selulit tampak ketara pada bahagian pinggul, paha dan punggung kerana bahagian itu mudah mengumpul lemak dan menahan air sekali gus terjadinya selulit terutama di bahagian perut dan dada.

Berlaku disebabkan sel lemak membesar yang menekan pada dinding kapilari dan menyebabkan penahanan air. Gumpalan sel lemak yang diikat bersama serat kolagen seterusnya menghalang peredaran darah sekali gus menyebabkan pembuangan limpa yang tidak lancar.

"Bagaimanapun, tanda keregangan kulit pula berlaku apabila kulit ditarik oleh pembesaran atau berlaku regangan yang mendadak. Walaupun kulit bersifat anjal, apabila ia terlampau diregang, penghasilan kolagen akan terganggu dan menghasilkan parut halus yang banyak.

Diet atau mengawal pengambilan makanan saja tidak dapat menghilangkan kedua-dua masalah berkenaan. Pengurangan garam dalam diet akan mengurangkan penahanan air dalam tubuh tetapi ia tidak bermakna akan membantu menghilangkan selulit," katanya.

Elak masalah kulit

Gabungkan pelan pengurusan berat badan yang efektif termasuk melakukan senaman.

"Untuk mendapatkan kesan terbaik ialah melakukan rawatan mengurut bagi meningkatkan pembuangan sisa dan mengurangkan selulit dalam tubuh. Tiada cara rawatan tradisional dikesan mampu menghilangkan selulit atau kesan rengangan kulit. Ada pelbagai krim dan losyen di pasaran boleh mengurangkan selulit dan tanda keregangan kulit," katanya

Rawatan terkini

Memandangkan ia begitu lazim berlaku pada wanita, peneraju dalam perkhidmatan kecantikan dan pelangsingan, Marie France Bodyline memperkenalkan rawatan Acoustic Radial Therapy (ART).

ART dicipta untuk membantu wanita menghilangkan kesan selulit.

Elexis berkata, rawatan ART ini menumpu kepada bahagian yang lebih luas pada satu-satu masa melalui gelombang radial. Katanya, rawatan tanpa pembedahan dengan kuasa sedutan itu menggunakan gelombang radial dan terapi vakum untuk pembakaran sel lemak yang cepat. ART dikesan dapat memulihkan keanjalan kulit dan mengurangkan selulit dengan menggunakan denyut irama bertenaga tinggi untuk menembusi jauh ke dalam kulit sehingga 35 milimeter.

"Rawatan canggih dengan tekanan positif dari gelombang radial itu adalah yang pertama menggabungkan teknologi vakum untuk menggunakan tekanan negatif melalui kuasa sedutan vakum dari alat radial. Kuasa sedutan itu meregang dan menghimpit tisu yang ditumpu untuk memecah struktur bersilang ruang sel lemak di bawah kulit.

Info:BH/7 JAN 2013/

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates