Monday, April 1, 2013

Rahsia Cerah Asli

MANUSIA dilahirkan daripada pelbagai latar belakang berbeza yang pastinya turut mempengaruhi warna dan `seri' wajah individu, khususnya wanita. Namun, biarpun berbeza latar belakang, hakikatnya, tanyalah mana-mana wanita, antara impian mereka adalah memiliki kulit yang sihat dan cantik.

Di Malaysia misalnya, kaum Melayu kebanyakannya dalam kategori kulit sawo matang dan kuning langsat sementara masyarakat Cina berkulit cerah dan India pula berkulit gelap. Bukan soal warna jadi ukuran utama, tetapi sihat dan serinya kulit itu tanpa dicemari noda seperti jerawat dan kusam, menjadi keutamaan.

Malah, cuba anda perhatikan di sekeliling, ada wanita yang tidak perlu bergantung kepada bantuan secalit pun kosmetik, sebaliknya masih tampak manis berbekalkan kulit cantik dan warna sekata.

Namun, faktor iklim khatulistiwa dan sinaran mentari yang menjadi teman setia bagi wanita Malaysia, menjadikan usaha memiliki kulit cantik itu satu dugaan, Akibatnya, pencemaran udara yang kotor, kulit yang tidak dijaga dengan rapi mengundang wajah kusam, kasar, berbelak dan gelap, boleh menjejaskan penampilan wanita berkenaan.

Bersandarkan kesedaran mengutamakan kesihatan, kian ramai wanita, seawal usia remaja, lebih memilih cara semula jadi sebagai rejim kecantikan mereka. Rahsia petua lama, diteroka dan diamalkan bagi kecantikan wajah yang mengundang kewujudan spa yang tumbuh bak cendawan selepas hujan berikutan permintaan yang menggalakkan.

Ramai yang pasti mahu menyelami petua kulit cerah dan jelita Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Cik Siti Wan Kembang yang kecantikan mereka terus menjadi bualan dan kekaguman sehingga ke hari ini.

INFO

Khasiat alam semula jadi


* Lulur kopi

Sentalannya mampu menanggalkan sel atau kulit mati. Ia juga dikatakan baik untuk peredaran darah

* Halia

Khasiatnya untuk menghangatkan badan, membuang angin dan baik untuk pengaliran darah.

* Kayu manis

Dapat menghilangkan parut dan bantu atasi jerawat pada kulit badan. Juga bertindak sebagai penghilang tekanan.

* Kelapa

Menggunakan minyak dan dalam bentuk parutan, dapat menghilangkan bau badan, sel kulit mati selain menjadikan kulit lembap dan lembut.

* Kacang hijau

Pencerahan kulit, menjadikan kulit halus dan tampak muda.

* Pupur

Penting selepas proses lulur supaya kulit lebih berseri dan kelihatan gebu. Bahan yang biasanya dijadikan pupur ialah kacang soya, buah betik, sengkuang, dadih dan campuran herba semula jadi.

Sapuan bahan semula jadi yang dikisar itu perlu dibiarkan seketika di seluruh tubuh sekurang-kurangnya 10 minit.

* Mandian susu

Seelok-eloknya, gunakan susu kambing yang menjadikan kulit lebih halus, mulus dan cerah.

Info: BH/25 JUN 2012/OLEH-HIDAYAH MOHAMMAD

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates