Wednesday, June 12, 2013

Keliru Khasiat Makanan

WALAUPUN maklumat mengenai kesihatan dan pemakanan boleh didapati dengan mudah, masih ramai secara tidak sedar mempertahankan kepercayaan lama yang tidak tepat. Malah ada yang mengajar dan menurunkannya kepada anak, menyebabkan ilmu salah ini terus diwarisi.

Kurang faham dan salah anggapan mengenai pemakanan turut berlaku di kalangan golongan berpendidikan tinggi yang tinggal di bandar besar.

Antara salah anggapan yang paling biasa ialah makanan mahal (termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan) itu lebih baik, kata Pengurus Dietetik Hospital Assunta, Ho Shiau Fen.

Sumber tempatan, sama ada sayur-sayuran atau buah-buahan, sebenarnya mempunyai khasiat setanding dengan yang diimport.

Malah sumber tempatan ada beberapa kelebihan kerana ia boleh dibeli pada bila-bila masa dan harganya jauh lebih murah, terutama jika pada musim buah-buahan.

Harga bukan ukuran kebaikan satu-satu produk kerana setiap sayur dan buah ada kelebihan masing-masing.

Anggapan sayur dan buah import lebih baik disebabkan kebanyakan kajian saintis luar negara dilakukan ke atas produk yang ada di negara mereka, tetapi ia tidak bermakna sayur dan buah di negara kita kurang berkhasiat, katanya.

Contohnya kajian mengenai lima warna sayur dan buah (hijau, merah, kuning-jingga, putih dan biru-ungu) yang penting untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Jika hendak dikira, kita ada banyak sayur dan buah yang mewakili setiap warna. Jadi buat apa berbelanja lebih membeli produk import, sedangkan produk tempatan mempunyai khasiat sama.

Antara salah anggapan mengenai pemakanan lain ialah:

* Dakwaan iklan mengenai kandungan nutri atau khasiat adalah betul - Usah terpedaya dengan kata-kata manis iklan. Iklan sememangnya bertujuan menarik perhatian pengguna. Tiba masanya kita menjadi pengguna yang bijak dengan membaca label bahan bagi mengetahui kandungan utama satu-satu produk.

Lihat pada senarai bahan. Ia disusun mengikut sukatan dan bahan paling banyak akan ditulis mendahului bahan lain. Jadi contohnya jika senarai bahan didahului dengan gula (atau ditulis dengan nama lain seperti sirap - semua jenis sirap), jus tebu, gula perang, madu, karamel, dekstros (dextrose), dekstran (dextran), semua jenis malta (malt), galaktosa, glukosa, fruktosa, laktosa, maltosa, sukrosa); bermakna kandungan utama produk berkenaan adalah gula.

Jika didakwa satu-satu produk itu bebas kolesterol kerana menggunakan minyak sayur, lihat pula nilai pemakanan yang lain daripada segi kandungan lemak dan gulanya.

* Diet vegetarian lebih menyihatkan - Tidak benar kerana ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kaedah memasak dan penggunaan bahan dalam masakan serta pengambilan daging, ayam atau ikan analog (olok-olok) iaitu yang diperbuat daripada gandum, kekacang, soya atau cendawan dan diberikan rasa seperti daging, ayam atau ikan.

Ramai hairan bagaimana individu vegetarian boleh gemuk. Sebenarnya pemakanan mereka sama dengan kita cuma tidak makan sumber haiwan dan jika pengambilan kalori melebihi keperluan harian, tentu mereka boleh mengalami masalah kegemukan.

Produk gantian sumber haiwan seperti daging atau ayam olok-olok kebanyakannya tinggi kandungan garam dan lemak kerana ia biasanya digoreng terlebih dulu sebelum dicampurkan dalam masakan.

Jadi tidak hairan jika ramai di kalangan individu vegetarian pun mengalami pelbagai penyakit, termasuk masalah kegemukan, kolesterol tinggi atau tekanan darah tinggi, khususnya jika kerap mengambil makanan tinggi kandungan lemak dan garam, katanya.

Ada banyak sebab mengapa seseorang itu mengamalkan diet vegetarian seperti kepercayaan agama, kepercayaan, budaya atau kesihatan. Namun, anggapan bahawa daging tidak elok untuk kesihatan perlu diperbetulkan kerana semua makanan ada khasiat tersendiri dan daging mengandungi banyak protein.

Cuma yang perlu dilakukan sebelum memasak ialah memastikan membuang lapisan lemak atau kulit (pada ayam) untuk menangani isu kolesterol tinggi.

Selain itu gunakan kaedah memasak yang menyihatkan seperti bakar, kukus, rebus atau reneh supaya sajian disediakan bukan saja berkhasiat tetapi mampu membuka selera.

* Makanan organik lebih baik - Dakwaan ini benar jika ia membabitkan isu racun serangga perosak. Objektif asal menghasilkan sayur organik ialah mengelak penggunaan racun serangga perosak yang boleh menjejaskan kesihatan.

Namun daripada segi khasiat, tiada bukti kukuh mengatakan produk organik lebih tinggi kandungan zatnya berbanding produk bukan organik.

Dalam menangani isu racun serangga perosak, Ho menyarankan sayur-sayuran dicuci di bawah air mengalir sehingga bersih sebelum dipotong.

* Jus buah adalah minuman menyihatkan. Ya, jika ia 100 peratus jus buah yang tidak mengandungi gula tambahan. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu jus buah, minuman jus atau minuman buah-buahan.

Apa bezanya dan bagaimana hendak membezakannya? Sebelum membeli, baca labelnya dulu. Untuk jus buah 100 peratus, pastikan pada label tidak ditambah bahan lain kecuali jus buah itu sendiri, sedikit air (jika ada) dan kadangkala pengawet semula jadi.

Lihat perkataan yang tertera pada botol atau kotak minuman sama ada ia tertulis '100 peratus jus buah', 'minuman jus (juice beverage) yang mengandungi 35 peratus jus buah atau 'minuman buah-buahan' (fruit beverage) yang hanya mempunyai lima peratus jus buah.

Jus buah tulen (100 peratus) adalah makanan tambahan terbaik yang mampu memenuhi keperluan badan harian. Komiti Penasihat Garis Panduan Pemakanan 2005 Amerika Syarikat mengatakan jus buah tulen membekalkan sesetengah vitamin dan garam galian yang lebih baik berbanding memakan buah itu sendiri. Ini kerana kadangkala cara pemprosesan jus buah juga boleh meningkatkan paras fitonutrien.

Sebaliknya bagi minuman jus atau minuman buah-buahan, ia biasanya mengandungi banyak gula, perisa dan pewarna tambahan serta bahan pengawet.

* Untuk dapat kalsium, perlu minum susu atau makan produk tenusu - Benar, susu dan produk tenusu kaya dengan kalsium tetapi jika anda ada masalah tidak toleran laktosa (akibat ketiadaan enzim laktase untuk menghadamkan gula dalam susu iaitu laktosa), anda akan mengalami cirit-birit.

Bagaimanapun, kita masih boleh mendapat kalsium daripada ikan bilis dan sayur-sayuran berdaun hijau. Pada masa sama kita juga akan mendapat serat, pelbagai vitamin dan garam galian yang sangat penting untuk kesihatan.

* Lemak berbahaya untuk kesihatan - Tidak benar kerana bukan semua lemak berbahaya dan ia mempunyai peranan penting dalam memastikan badan mampu berfungsi dengan baik. Lemak memberi badan tenaga, mengekalkan kesihatan kulit dan rambut; membantu badan menyerap vitamin A, D, E dan K (dipanggil vitamin larut lemak).

Lemak akan memenuhi sel lemak di bawah kulit bagi membantu memanaskan badan. Malah, lemak penting dalam membantu perkembangan otak, mengawal keradangan dan pembekuan darah. Walaupun ia penting, kuantiti diperlukan adalah sedikit. Justeru, kita perlu mengurangkan penggunaan dan pengambilan lemak.

* Satu-satu produk itu baik kerana kawan mengatakannya begitu - Sekali lagi, jadilah pengguna yang bijak dengan membaca label bahan dan kandungan khasiat pada kotak atau plastik pembungkus makanan. Ini penting, terutama jika ada ahli keluarga anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, kencing manis atau mengalami kegagalan buah pinggang.

Info:MA/30 Jan 2011/ Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

Kelulusan Ubat ikut Fatwa JAKIM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kelulusan kepada produk farmaseutikal yang mengandungi bahan tidak halal berdasarkan ketetapan fatwa Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) yang menyatakan penggunaan ubat atau vaksin itu adalah harus.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan bagaimanapun menegaskan pemegang perakuan pendaftaran ubat-ubatan itu perlu melabel dan mengisytiharkannya pada label sekiranya ada sumber haiwan seperti magnesium stearate, gliserin atau gelatin.

Deklarasi halal pada label ubat, termasuk vaksin sering menjadi isu sensitif bukan saja membabitkan agama tetapi mereka yang mempunyai penyakit alahan. Untuk ubat atau vaksin tertentu, JAKIM mengeluarkan fatwa penggunaan ubat tidak halal hukumnya 'harus', kata kenyataan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan, semalam.

Kenyataan berkenaan mengulas laporan yang menyatakan dua daripada tiga produk farmaseutikal yang mengandungi DNA babi, diluluskan Kementerian Kesihatan.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 25 Jun 2009 bagi membincangkan hukum penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine bagi mencegah berlakunya pembekuan darah secara serta merta untuk pesakit kronik, memutuskan penggunaan ubat itu ditegah kerana mengandungi unsur babi atas alasan ada alternatif ubat lain iaitu Aristra yang mempunyai fungsi dan kesan sama.

Menurut fatwa sama, ubat bersumberkan unsur ditegah, hanya diharuskan jika tiada ubat daripada sumber halal lain dan ia digunakan dalam keadaan darurat, selain penggunaannya diperakui doktor pakar Islam.

Kenyataan itu menyatakan, penentuan sesuatu ubat bebas dari sumber haiwan sama ada bovine, porsine dan lain-lain, adalah proses yang kompleks, namun dengan kecanggihan teknologi terkini, sumber bahan haiwan boleh disahkan.

KKM juga akan bekerjasama dengan JAKIM, Persatuan Pengamal Perubatan Islam dan Persatuan Pengguna Islam untuk memberi penerangan kepada umat Islam mengenai status halal haram ubat berkenaan.

Kementerian itu juga boleh membatalkan atau menggantung pendaftaran sesuatu ubat jika pemegang perakuan pendaftaran ubat-ubatan gagal mengisytihar atau melabelkan bahan berasaskan sumber haiwan terutama babi atau memalsukan kandungannya.

Info:BH/7 Mar 2011

Produk ditarik balik jika tidak mematuhi Perlabelan

MERUJUK kepada surat Myphman yang disiarkan BH pada 10 Julai 2012, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih di atas komen beliau.

Untuk pengetahuan umum, produk farmaseutikal dan tradisional yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) perlu mematuhi syarat pendaftaran ditetapkan serta wajib mengisytiharkan pada label produk berkenaan semua bahan yang digunakan termasuk gelatin untuk sarung kapsul dan softgel daripada sumber haiwan.

Maklumat dinyatakan perlu tepat, betul

Pemegang pendaftaran produk adalah bertanggungjawab untuk memastikan kesahihan maklumat sumber haiwan untuk produk yang akan dipasarkan supaya maklumat dinyatakan tepat dan betul.

Di samping memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan, Kementerian Kesihatan sentiasa memandang berat isu halal produk dan sentiasa melakukan pemantauan berterusan ke atas produk berdaftar di pasaran melalui persampelan dan analisis makmal.

Tindakan punitif

Label produk juga akan disemak untuk memastikan arahan pelabelan dipatuhi. Syarikat yang didapati tidak mematuhi keperluan ini akan diarahkan untuk menarik balik produk berkenan dari pasaran dan akan dikenakan tindakan punitif sewajarnya seperti penggantungan atau pembatalan pendaftaran produk. Pengguna dan pesakit dinasihatkan agar sentiasa membaca label ubat bagi mendapatkan maklumat tepat.

Berkenaan isu diutarakan, pada masa ini ada tiga produk yang dibekalkan kepada pesakit di hospital dan klinik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan mengelakkan pembekuan darah ketika pesakit berada pada tahap kronik. Produk itu ialah Enoxaparin Sodium Injection (Clexane), Nadroparin Calcium (Fraxiparine) dan Fondaparinux Injection (Arixtra). Kedua-dua produk Fraxiparine dan Clexane mengandungi unsur khinzir, manakala Arixtra tidak mengandungi unsur berkenaan.

Produk alternatif

Pengamal/pakar perubatan boleh membuat pemilihan yang sesuai untuk pesakit termasuk isu-isu yang membabitkan sensitiviti agama di Malaysia. Berdasarkan penilaian klinikal pesakit berkenaan dan pertimbangan sewajarnya, pesakit boleh diberi produk alternatif jika perlu.

Kementerian Kesihatan juga bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (PPPIM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dari semasa ke semasa dalam menangani perihal yang berkaitan dengan status dan pelabelan halal untuk produk yang didaftarkan oleh PBKD.

Info:BH/6 Ogos 2012/Datuk Eisah A Rahman,
Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimana menghadapi Tekanan?

Lelaki dan wanita masing-masing merasai tekanan, namun menangani tekanan adalah berbeza antara keduanya. Ketahui perbezaan ini dan mengapa ia penting terutama bagi pasangan suami isteri.

Dr John Gray, penulis buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, ada menyebut, penyebab suami dan isteri bertelingkah dan berselisih faham apabila berhadapan dengan tekanan bukanlah kerana cara menangani tekanan yang berbeza. Apa yang menjadi masalah adalah kegagalan dalam memahami bagaimana pasangan menangani tekanan dengan cara yang berbeza.

Tanpa memahami bagaimana, suami atau isteri tidak tahu apa yang mereka sedang hadapi dan timbul salah tafsiran terhadap perbuatan pasangan. Akibatnya, mereka akan memberikan reaksi yang salah terhadap keperluan pasangan.

Bagi lelaki, hormon utama untuk berfungsi dengan normal adalah testosteron manakala oxytocin bagi wanita. Lelaki dan wanita mengeluarkan kedua-dua hormon ini pada tahap yang berbeza bagi testosterone dan sama bagi oxytocin. Disebabkan tubuh wanita juga mengeluarkan hormon estrogen, ia melipatgandakan kesan hormon oxytocin. Inilah punca perbezaan dalam cara lelaki dan wanita berinteraksi dan memberi reaksi terhadap sesuatu.

Dalam situasi tekanan yang berterusan, hormon cortisol yang dihasilkan akan menekan hormon utama ini dan merendahkannya. Untuk kembali normal, hormon ini perlu ditingkatkan semula.

Tahap testosterone yang normal pada lelaki dikaitkan dengan perasaan berjaya dan penyelesaian masalah. Berasa yakin dengan apa jua kebolehan diri dapat meningkatkan penghasilannya. Beg itu juga dengan kerehatan fizikal.

Bagi lelaki, apabila tertekan tahap penumpuan mereka meningkat dan akan suka menyendiri. Mereka akan merasa lebih baik apabila dapat menyelesaikan masalah. Penghasilan oxytocin pada wanita dikaitkan dengan hubungan sosial, kasih sayang dan keintiman, sama ada melalui percakapan atau perbuatan.

Wanita perlu berhubung dengan orang lain seperti melalui persahabatan, perkongsian, ambil berat serta bimbingan. Bagi wanita, apabila tertekan mereka akan merasa terbeban dan beremosi.

Mereka akan merasa lebih baik jika dapat bercakap tentang masalah yang dihadapi.

Lelaki yang sedang menghadapi tekanan akan ...

- Melakukan aktiviti santai bersendirian seperti menonton TV dan membaca akhbar.

- Merehatkan fizikal seperti tidur sebentar.

- Menyelesaikan masalah kecil di rumah seperti membetulkan lampu tidak menyala atau sinki tersumbat.

- Mencapai satu-satu objektif jangka pendek seperti membersihkan garaj atau mencuci kereta.

- Melakukan hobinya seperti memancing atau bermain golf.

Semua ini dapat meningkatkan semula hormon testosteron bagi lelaki dan mengembalikan tenaga dan keyakinan diri untuk menyelesaikan apa juga penyebab tekanannya.

Wanita yang sedang menghadapi tekanan akan;

- Bercerita tentang masalahnya dengan objektif untuk mendapatkan sokongan emosi dan merasa didengari.

- Membantu orang lain yang sedang dalam masalah walaupun masalahnya sendiri belum selesai.

- Meluangkan masa untuk keluar bersama teman wanita dan merasa terhubung dengan orang lain.

- Berkongsi sesuatu dengan orang lain, samada dari segi kebendaan atau perasaan.

- Merasai keinginan untuk membeli belah atau membelai diri di salon atau pusat kecantikan.

Info:BH/8 Jun 2013

Tuesday, May 21, 2013

Minuman Kolagen


Pertambahan Order yang makin menaik...

51,000 mg Glutathione
7 jenis ekstrak buah-buah Beri
68,000 mg Kolagen
3 Bahan Vitamin B17
Hyaluronic Acid (HA)
17 sachet 1 kotak / 20g per sachet

Harga RM 129 SEKOTAK
DISKAUN akan diberikan dengan pembelian 2 KOTAK ke atas
FREE POSTAGE

Glutaberries B17 (GB17) kandungan bahan yg super duper power...teknologi NANO(1000X) lebih halus terus menyerap ke dlm salur darah....CEPAT, TEPAT, BERKESAN !!!

Menurut kajian, Strawberi dan Beri Biru kaya dgn polifenol yg berkesan untuk mencegah penuaan otak. Jelas pengkaji ini kebanyakan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson disebabkan oleh kadar racun berupa protein yang tinggi terkumpul di dalam otak. Memakan kedua2 jenis buah ini dpt mengurangkan risiko diserang penyakit tersebut.

Glutaberries Vit B17 (GB17) juga mengandungi Ekstrak kedua2 buahan tersebut. Di Asia mungkin sukar untuk mencari buah beri biru. Suplimen Kesihatan yg mengandungi 7 jenis ekstrak buah beri tidak lagi menjadi mustahil untuk memilikinya. 

Mereka yang boleh menggunakan

1. Hanya 1/2 sachet sehari utk ibu mengandung..tenaga berpanjangan baby pun sihat, putih dan insyaallah bijak...dgn ekstrak delima.

2. Lelaki

3. Perempuan

4. Perempuan Haid

5. Perokok

6. Ibu Menyusukan anak

Kecantikan

Kulit akan menjadi anjal, gebu, glowing & cerah

Kesihatan

Dapatkan Glutaberries 17 khusus untuk menghilangkan jeragat serta jerawat. HARGA JAUH LEBIH MURAH DAN KUALITI SUPER...SUPER...SUPER....Rasa yang enak dan lazat.

Silau Mata ditambah ANTI KANSER dgn adanya Vitamin B17

Cara Pengambilan

Dicadangkan detoks dahulu toksin-toksin dalam badan supaya zat-zat baik Glutaberries Vit B17 dapat menyerap lebih sempurna ke sel-sel darah.

Minggu pertama - 2 sachet (pagi dan malam)
Minggu Kedua - 1 sachet

Bulan kedua - dah boleh ambik 1/2 sachet

Bancuh dalam air biasa sahaja dan ready untuk minum.

Teknologi Korea,
Manufacture di Malaysia
Bahan Import Italy dan Brazil

Healing Crisis adalah bersifat sementara kerana proses detoks yang berlaku dalam badan. Keberkesanan beergantung kepada melanin kulit / warna kulit dan metabolisme badan seseorang.

Tuesday, May 14, 2013

Cantik tanpa Solekan



WAJAH sebenarnya boleh kelihatan cantik secara semula jadi tanpa perlu mengenakan solekan. Caranya cukup mudah, menurut Theasianparent.com, amalkan penjagaan kulit muka yang baik dan jangan lupa makan makanan khas untuk mendapatkan kulit muka yang sihat. Berikut antara panduan berguna yang sesuai untuk anda yang selalu tiada masa untuk bersolek


- Cuci muka sekali sehari Bagi kulit muka biasa, cuci muka sekali pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika mencuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang

- Pilih pencuci sesuai Pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi surfaktan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco- untuk kelapa dan gluco- untuk gula daripada buah-buahan.

- Pelindung matahari

Pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan yang baik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama dua jam.

- Tinggalkan toner

Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semula jadi kulit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kita menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia akan hanya mengeringkan kulit.

- Tanpa pewangi

Wangian adalah penyebab yang biasa bagi reaksi terhadap alahan berkaitan kulit. Jika kulit muka kita sensitif, pastikan memilih pencuci atau produk tanpa pewangi. Produk yang berlabel `tanpa pewangi' biasanya mengandungi pewangi minimum sekadar mengatasi bau bahan aktif pada produk.

- Pencuci dengan pH seimbang

Pencuci yang dengan pH seimbang akan menanggalkan sebum dan solekan dengan lembut tanpa menanggalkan minyak semula jadi pada wajah. Pastikan 'pH-balanced' pada pencuci yang mengandungi glycolic atau asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit.

- Pelembab pelbagai guna

Krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting - melembab dan melindung. Pilih pelembab berasaskan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindung matahari yang tidak menyebabkan iritasi atau ruam. Minyak semula jadi dan asid lemak menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum.

- Tidur yang cukup

Kortisol, sejenis hormon tekanan, membuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan jeragat. Tidur yang cukup mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat

- Senaman

Dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ini memperbaiki rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit.

- Tomato, keledek dan strawberi

Likopen dalam tomato melindungi kulit terhadap pancaran matahari dan ia menjadikan kulit lebih banyakkolagen. Vitamin C dalam keledek dan strawberi juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran seratkolagen yang membantu kelembutan dan keanjalan kulit.

- Makan untuk kulit sihat

Air kosong Minum air kosong sebanyak yang boleh untuk mengekalkan lembapan pada kulit dari dalam.

- Produk soya

Soya kaya dengan isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon yang membantu mengelakkan kedutan halus dan ketegangan pada kulit.

- Coklat gelap

Pilihan coklat ini mengekalkan kandungan anti-oksidan flavonol tinggi dalam koko dan ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV, melawan radikal bebas, meningkatkan edaran darah dan memperbaiki kelembapan dan ketebalan kulit. Ia juga merendahkan hormon tekanan lalu mengelakkan leraian kolagen pada kulit dan mengurangkan kedutan.

- Bayam dan badam

Bayam kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan Vitamin A, B dan C. Kandungan-kandungan ini dapat mengurangkan kulit berkerut dan berkedut. Vitamin E dalam badan pula berfungsi sebagai antioksida dan ini membantu kulit menjadi kuat dan sihat.

- Salad dan lobak merah

Vitamin A pada daun salad dan lobak merah berfungsi meremajakan kulit dengan meningkatkan penggantian sel serta menghalang sel-sel kanser. Kandungan kalium dalam salad pula menambah zat dan meningkat penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

Info: BM/28 APR 2013

Testimoni Glutaberries B17




 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates