WAJAH sebenarnya boleh kelihatan cantik secara semula jadi tanpa perlu mengenakan solekan. Caranya cukup mudah, menurut Theasianparent.com, amalkan penjagaan kulit muka yang baik dan jangan lupa makan makanan khas untuk mendapatkan kulit muka yang sihat. Berikut antara panduan berguna yang sesuai untuk anda yang selalu tiada masa untuk bersolek
- Cuci muka sekali sehari Bagi kulit muka biasa, cuci muka sekali pada waktu petang dengan pencuci. Urut kulit muka perlahan-lahan ketika mencuci dan berikan masa untuk pencuci membersihkan kekotoran dan habuk pada kulit. Pada waktu pagi, cuci muka dengan air tanpa pencuci. Untuk kulit berminyak, gunakan pencuci muka lembut pagi dan petang
- Pilih pencuci sesuai Pilih pencuci yang lembut pada kulit. Pilihlah pencuci yang mengandungi surfaktan daripada tumbuh-tumbuhan seperti coco- untuk kelapa dan gluco- untuk gula daripada buah-buahan.
- Pelindung matahari
Pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) penting untuk kulit. Namun amalan yang baik ialah memperbaharui lapisan pelindung selepas beberapa jam kerana bahan pelindung matahari hanya bertahan selama dua jam.
- Tinggalkan toner
Toner asalnya dicipta untuk mengekalkan pH semula jadi kulit selepas dicuci dengan sabun biasa. Jika kita menggunakan pencuci muka dengan pH seimbang, tidak perlu menggunakan toner. Ia akan hanya mengeringkan kulit.
- Tanpa pewangi
Wangian adalah penyebab yang biasa bagi reaksi terhadap alahan berkaitan kulit. Jika kulit muka kita sensitif, pastikan memilih pencuci atau produk tanpa pewangi. Produk yang berlabel `tanpa pewangi' biasanya mengandungi pewangi minimum sekadar mengatasi bau bahan aktif pada produk.
- Pencuci dengan pH seimbang
Pencuci yang dengan pH seimbang akan menanggalkan sebum dan solekan dengan lembut tanpa menanggalkan minyak semula jadi pada wajah. Pastikan 'pH-balanced' pada pencuci yang mengandungi glycolic atau asid laktik dan pada exfoliator. Jika pH terlalu rendah, ia akan mengeringkan kulit.
- Pelembab pelbagai guna
Krim pelembab yang bagus melakukan dua perkara penting - melembab dan melindung. Pilih pelembab berasaskan tumbuhan dan anti-oksida serta pelindung matahari yang tidak menyebabkan iritasi atau ruam. Minyak semula jadi dan asid lemak menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding emolien buatan manusia seperti petroleum.
- Tidur yang cukup
Kortisol, sejenis hormon tekanan, membuatkan kulit menjadi tua dan menyebabkan jeragat. Tidur yang cukup mengurangkan kadar kortisol dalam badan. Jadi secukupnya untuk kulit lebih muda dan sihat
- Senaman
Dengan meningkatkan kadar denyutan jantung sekali sehari membuatkan kulit kita berseri. Senaman memperbaiki peredaran dan kapasiti oksigen dan ini memperbaiki rupa wajah. Kehadiran reseptor endorfin pada kulit menjelaskan bagaimana senaman memberikan impak positif pada kulit.
- Tomato, keledek dan strawberi
Likopen dalam tomato melindungi kulit terhadap pancaran matahari dan ia menjadikan kulit lebih banyakkolagen. Vitamin C dalam keledek dan strawberi juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran seratkolagen yang membantu kelembutan dan keanjalan kulit.
- Makan untuk kulit sihat
Air kosong Minum air kosong sebanyak yang boleh untuk mengekalkan lembapan pada kulit dari dalam.
- Produk soya
Soya kaya dengan isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon yang membantu mengelakkan kedutan halus dan ketegangan pada kulit.
- Coklat gelap
Pilihan coklat ini mengekalkan kandungan anti-oksidan flavonol tinggi dalam koko dan ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV, melawan radikal bebas, meningkatkan edaran darah dan memperbaiki kelembapan dan ketebalan kulit. Ia juga merendahkan hormon tekanan lalu mengelakkan leraian kolagen pada kulit dan mengurangkan kedutan.
- Bayam dan badam
Bayam kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan Vitamin A, B dan C. Kandungan-kandungan ini dapat mengurangkan kulit berkerut dan berkedut. Vitamin E dalam badan pula berfungsi sebagai antioksida dan ini membantu kulit menjadi kuat dan sihat.
- Salad dan lobak merah
Vitamin A pada daun salad dan lobak merah berfungsi meremajakan kulit dengan meningkatkan penggantian sel serta menghalang sel-sel kanser. Kandungan kalium dalam salad pula menambah zat dan meningkat penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
Info: BM/28 APR 2013
0 comments:
Post a Comment