Thursday, May 2, 2013

Kacang Hijau buat kulit lembut & berseri


Jika anda penggemar bubur kacang, tahukah anda kacang hijau atau nama saintifiknya Phaseolus radiatus L yang selama ini digunakan dalam masakan terutama pembuatan kuih-muih dan manisan memberi manfaat untuk kulit yang mulus, lembut dan berseri.


Berasal dari India, kacang hijau mengandungi protein, vitamin B1, vitamin B2, vitamin A, vitamin E, niasin, amylum, besi, belerang dan mineral penting seperti fosfor, kalsium serta karotin yang amat diperlukan tubuh.


Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak di dalam kacang hijau membantu mengatasi penyakit anemia (kurang sel darah merah), mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar. Oleh itu kita digalakkan mengambil kacang hijau dalam diet harian bagi memastikan badan memperoleh zat diperlukan.


Malah kacang hijau juga dapat menggantikan sumber protein haiwan seperti yang terkandung dalam daging serta ikan.

Manfaat kacang hijau tidak hanya untuk kesihatan sebaliknya kecantikan wajah. Ini kerana kacang hijau mengandung vitamin E yang membantu merawat kecantikan kulit. Ia kaya antioksidan sehingga memperlahankan proses penuaan serta menghilangkan jerawat dan noda hitam akibat persekitaran kotor.

Untuk mencantikkan dan menghaluskan kulit, kacang hijau boleh dijadikan topeng wajah. Ini boleh dilakukan dengan mengisar halus kacang hijau kemudian dicampur air bagi menjadikan ia pekat. Sapukan pada wajah dua kali seminggu dan lihat hasilnya. Kulit menjadi lebih halus manakala kesan parut akan berkurang sedikit demi sedikit.

Kacang hijau juga bermanfaat mengatasi masalah kesuburan rambut. Caranya rebus kacang hijau bersama segelas air sehingga air berubah warna, tetapi jangan sampai kacang pecah dan hancur. Setelah masak, tapis airnya kemudian sapu pada rambut bersama urutan lembut hingga air menyerap ke kulit kepala. Selepas itu biarkan kering dan bilas dengan bersih. Lakukan secara teratur untuk mendapatkan hasilnya.

Selain memulihkan kulit daripada masalah kelesuan, kacang hijau turut digunakan untuk melancarkan proses pelawasan badan dan membuang angin.


Info:HM/2 MAY 2013

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates