Thursday, May 2, 2013

Produk Makanan Nano Pertama



GEORGETOWN: Selepas usaha penyelidikan dan pembangunan selama empat tahun, Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) kini berjaya menghasilkan produk minuman kolagen dan produk makanan nano pertama di negara ini, berasaskan bahan buangan industri akukultur membabitkan kulit ikan seperti talapia, keli, patin dan haruan.


Penyelidiknya, Prof Dr Abdul Salam Babji berkata, penyelidikan dan pembangunan itu dilaksanakan dengan kerjasama beberapa pakar industri teknologi pemakanan daripada institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu.



Beliau berkata, produk makanan nano dan minuman kolagen dihasilkan IPP itu dalam proses bagi dipatenkan serta penghasilannya mengikut piawaian Akta Makanan 1983 (Pindaan 2001) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1983.

Katanya, bagi produk makanan nano berasaskan ikan haruan dan minuman kolagen berasaskan kulit ikan, geran penyelidikan sebanyak RM200,000 diperuntukkan IPP bagi penyelidikan.

Minuman kolagen dan produk berasaskan ikan sangat popular di Jepun, Eropah dan beberapa negara maju lain kerana khasiatnya serta kerap mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Produk minuman kolagen ini mempunyai banyak kelebihan daripada segi kesihatan dan kecantikan diri kerana ekstrak kulit ikan terbukti mampu mencantikkan kulit, kuku, menguatkan rambut dan melambatkan proses penuaan, katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Keselamatan Makanan dan Produk IPP, Rosly Hassan dan Eksekutif Kanan Projek Sains dan Teknologi Makanan UKM, Grace Low.

Katanya, setakat ini tiga firma tempatan menyatakan minat menjadi pengedar kepada produk yang berjaya dihasilkan itu kerana ia dijangka mendapat permintaan tinggi dalam pasaran tempatan.

Beliau berkata, produk tempatan itu mempunyai kualiti sama dengan minuman kolagen dan produk makanan nano yang diimport, malah akan berada di pasaran pada masa akan datang dengan harga lebih murah dan terjamin status halalnya.


Info: MA/21 JAN 2013

0 comments:

 
Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates